Laju serta tahan bateri

- Advertisement -

Laptop kini bukan lagi perkakas sampingan atau satu bentuk aksesori sebaliknya ia menjamin produktiviti tugasan harian serta memberi kemudahan kepada pengguna.

Terdapat banyak laptop kelas produktiviti hari ini namun tidak banyak yang menawarkan keupayaan spesifikasi serta kejelasan skrin khusus untuk penyedia kandungan serta penugasan produktiviti yang lain.

Untuk itu, Asus tampil memperkenalkan Vivobook 15X OLED.

Sebut saja ‘OLED’ pastinya kita semua terfikir tentang skrin paparan yang jelas, licin dan persis warna sebenar.

Itulah yang menjadi kekuatan untuk laptop Asus Vivobook 15X OLED ini yang turut dilengkapi dengan teknologi HDR serta paparan kelas tinggi dengan bacaan DCI-P3 Gamut.

Nipis, laju dan ketahanan bateri. Itu tiga rangkai kata paling sesuai untuk menggambarkan laptop Asus Vivobook 15X OLED ini yang didatangkan dengan cip pemproses keluaran AMD iaitu siri Ryzen.

Penulis tidak menghadapi masalah dalam sebarang bentuk tugasan termasuklah penyuntingan video ringan, sintesis gambar resolusi tinggi sehingga kepada tugasan produktiviti lain, laptop ini mampu beroperasi.

Tiada kelengahan, ‘crash’ ataupun peranti menjadi perlahan, semua tugasan itu mampu dilakukan pada tahap paling optimum.

 

ASUS Vivobook 15X OLED menawarkan padanan spesifikasi terkini dengan rekaan nipis serta memudahkan pengguna.
ASUS Vivobook 15X OLED menawarkan padanan spesifikasi terkini dengan rekaan nipis serta memudahkan pengguna.

 

Jika menyentuh aspek produktiviti, perkara utama yang bermain dalam fikiran pengguna adalah ketahanan bateri, Asus Vivobook 15X OLED mampu bertahan sepanjang hari tanpa perlu mencari punca kuasa walaupun sudah digunakan dengan optimum.

Untuk pengguna yang sering bergerak daripada satu tempat ke lokasi lain serta penggunaan dalam tempoh yang lama, laptop ini adalah pilihan yang baik.

Menyentuh aspek spesifikasi, Asus Vivobook 15X OLED didatangkan dengan dua variasi iaitu cip pemproses AMD Ryzen 7 5800H serta Ryzen 5 5600H.

Selain daripada itu, hampir semua spesifikasi adalah sama iaitu didatangkan dengan sokongan memori (RAM) 8GB DDR4 bersama storan 512GB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD.

Laptop ini juga menggunakan skrin 15.6 inci 2.8K iaitu pada resolusi 2880 x 1620 OLED dengan nisbah 16:9.

 

BATERI peranti ini mampu bertahan sepanjang hari dengan penggunaan optimum.
BATERI peranti ini mampu bertahan sepanjang hari dengan penggunaan optimum.

 

Skrin laptop ini menyokong 120Hz kadar segar semula dengan kecerahan 550 Nits bersama tiga sisi NanoEdge termasuk validasi skrin Pantone.

Mungkin ada dalam kalangan pengguna yang bimbang berhubung isu suhu, Asus Vivobook 15X OLED ini dilengkapi dengan Teknologi Haba IceCool.

Bagi sistem keselamatan pengguna pula, pad sesentuh ini menyokong sensor biometrik jari manakala skrin pula boleh dibuka penuh sehingga 180 darjah.

Sesuai untuk kegunaan pada hari ini, Asus Vivobook 15X OLED ini dilengkapi dengan 3DNR webcam serta teknologi pembatalan hingar Asus untuk mikrofon terbina sekali gus menghasilkan kejelasan suara untuk persidangan video.

Secara keseluruhannya, Asus Vivobook 15X OLED ini memenuhi semua kriteria penggunaan untuk kelas produktiviti, ketahanan baterinya adalah sangat mengagumkan di samping kelancaran operasi untuk semua jenis tugasan.

Asus juga bijak melakukan padanan beberapa ciri khusus untuk memenuhi keperluan pengguna, jadi, Asus Vivobook 15X OLED ini adalah pilihan yang tepat.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat