Sekuel kedua lebih misteri

- Advertisement -

FILEM popular misteri pembunuhan, Knives Out yang pernah mencetuskan fenomena pada 2019 kini kembali dengan sekuel kedua berjudul Glass Onion: A Knives Out Mystery.

Bakal dihidupkan dengan lakonan mantap Daniel Craig yang memegang watak sebagai Detektif Benoit Blanc, filem arahan Rian Johnson itu bakal menyaksikan Benoit meneroka ke Greece sambil merungkai misteri di sebalik satu lagi kematian mengejut.

Selain Craig, filem sekuel ini turut menampilkan ramai pelakon berbakat besar seperti Edward Norton, Janelle Mon·e, Kathryn Hahn, Leslie Odom Jr, Jessica Henwick, Madelyn Cline, Kate Hudson dan Dave Bautista.

Menurut Johnson, pembabitan Craig dalam sekuel ini cukup memukau dan akan membuat penonton terkesima dengan lakonan mantap yang dijayakannya.

“Sepanjang proses penggambaran dijalankan, kami saling berkongsi pendapat dan berseronok. Malah, kehadiran Craig sentiasa membuatkan saya nak menghasilkan sekuel filem ini.

“Namun, sekuel baharu ini bukan bermaksud saya membawa jalan cerita daripada filem pertama, tapi bagaimana kami mencipta cerita baharu seperti yang dilakukan Agatha Christie dalam buku yang pernah ditulisnya,” katanya.

Tambah Johnson, dia sangat mengagumi bakat yang dimiliki Christie yang dianggap penulis legenda dan berani dalam mencipta idea segar.

“Christie bukan hanya bercerita mengenai siapa pelaku kepada sesuatu pembunuhan yang berlaku, tapi dia juga berani bereksperimen dengan genre dan mengeluarkan idea segar bagi memastikan setiap cerita itu kelihatan baharu,” katanya.

Johnson juga gembira dan kagum dengan semangat ditunjukkan barisan pelakon dalam menjayakan watak masing-masing biarpun penggambaran dilakukan ketika pandemik Covid-19.

Perkara sama juga disokong pelakon, Edward Norton yang mengaku setiap pelakon mempamerkan aksi cemerlang ketika proses penggambaran.

“Kami banyak menghabiskan waktu bersama, malah kehadiran pelakon dan kru membuatkan kami seperti sedang menjayakan pementasan teater.

“Ditambah pula, setiap pelakon tampil dengan kostum menarik dari segi warna dan stail. Ia sangat menyeronokkan,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon, Janelle Monae berkata, dia beruntung apabila dapat bekerjasama dengan Johnson dan rakan pelakon lain.

“Karakter saya menuntut banyak lapisan dan sangat misteri. Watak Cassandra Brand ini juga memberi peluang untuk saya mencabar diri menjadi pelakon yang versatil,”katanya.

Filem Glass Onion: A Knives Out Mystery menemui penonton di platform penstriman popular, Netflix bermula 23 Disember depan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat