Angkat seni wayang kulit

- Advertisement -

Kebenaran diberi kerajaan untuk masyarakat hadir menyaksikan persembahan pentas secara terbuka di panggung dalam jumlah penonton tertentu disambut baik oleh Istana Budaya (IB).

Dalam beberapa siri persembahan sudah dibuat sebelum ini mulai 30 Oktober lalu, nyata sambutan diterima daripada penonton sangat menggalakkan. Justeru, bagi melengkapkan kalender persembahan tahun ini, IB tampil pula dengan persembahan Wayang Sakti.

Mengangkat seni budaya wayang kulit dari Kelantan ke Panggung Sari, IB, ternyata usaha ini membuahkan hasil apabila persembahan dua malam yang diadakan pada Jumaat dan Sabtu lalu mendapat sambutan amat positif.

Timbalan Ketua Pengarah IB, Zaifri Husin berkata, ikutkan perancangan asal persembahan Wayang Sakti ini membabitkan empat jenis wayang kulit yang ada dalam negara iaitu di Kelantan, Johor dan Kedah.

“Bagaimanapun, dengan situasi Covid-19 yang melanda negara sejak tahun lalu sehingga sekarang menyebabkan banyak kekangan berlaku dan kita semua pun dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa kali.

“Jadi, cadangan awal untuk persembahan itu akhirnya diolah semula dan kita hanya tumpu penceritaannya pada satu jenis wayang kulit dari Kelantan. Pun begitu, persembahannya dipastikan lebih sinematik dan menghiburkan,” katanya.

Zaifri berkata, pihak IB sangat menitikberatkan penghasilan persembahan berkualiti, seterusnya mampu menepati cita rasa penonton. Katanya, apa yang diinginkan sebagai objektif utama ialah penonton terhibur dan mengenali wayang kulit dengan jelas.

“Wayang kulit ini adalah persembahan tradisi. Jadi, jika ia tidak terus diangkat kepada penonton di IB, bagaimana dengan generasi akan datang untuk lebih mengenalinya. Wayang kulit ini warisan yang seharusnya kita semua bangga dan terus memeliharanya.

“Saya berterima kasih kepada semua penonton yang hadir menyaksikan persembahan Wayang Sakti ini. Dengan harga tiket berpatutan disediakan, kami harap anda semua sudah terhibur kerana IB sentiasa berusaha menyediakan persembahan terbaik,” katanya.

Sehubungan itu, persembahan Wayang Sakti yang dipentaskan baru-baru ini mendapat sentuhan Mohd Kamarulzaman Taib atau Che Kem. Ternyata, jalan cerita kisah diketengahkan juga agak menarik dan sesuai untuk tontonan ramai.

Selain itu, istimewanya lagi persembahan Wayang Sakti turut diiringi ‘ensemble’ wayang kulit Kelantan dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) sebagai satu pembaharuan dalam persembahan wayang tradisional.

Barisan pelakon Wayang Sakti ialah Mohd Suhaimi Ibrahim sebagai Tok Dalang, Sakti Kenchana dan beberapa watak lain, manakala Zamzuriah Zahari membawa watak Puteri Rakna Dewi, Kamarul Baisah Hussin (Jin Hitam), Tengku Iefizulasyrifie Putra (Kera Belira Indera), Rudy De Luna (Sakti Kenchana) serta dibantu Artis Budaya Istana Budaya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat