Berkat usaha gigih Anis

- Advertisement -

Sebelum ini, mungkin ramai yang mengenali nama Anis Nabilah sebagai seorang yang amat berbakat dan antara ‘pakar’ dalam bidang kulinari.

Meskipun keistimewaannya dalam masakan itu dikagumi ramai, Anis mengakui tidak pernah mengejar populariti. Baginya, apa yang dilakukan ialah sekadar memenuhi minat mendalam terhadap masakan.

Anis, 35, atau nama sebenarnya Anis Nabilah Umaruddin berkata, apa yang diraih pada masa kini adalah berkat usaha gigihnya sendiri yang terus berusaha mengumpul pengalaman bermula dari bawah.

“Apa pun, saya bertuah kerana pembabitan dalam kerjaya ini dipermudahkan Allah apabila mendapat peluang bernaung di bawah pengurusan Universal Music Malaysia.

“Malah, saya sudah bernaung dengan syarikat itu (Universal) sejak 2019 dan tak sangka ia memberi saya satu pencapaian yang boleh dibanggakan sepanjang lebih 13 tahun pembabitan sebagai cef selebriti.

“Terbaharu, saya mendapat Anugerah Platinum membabitkan hasil pendapatan daripada gabungan perniagaan dari 2019 hingga tahun lalu.

“Ia sekali gus menjadikan saya antara selebriti yang meraih pendapatan agak tinggi di bawah pengurusan Universal,” katanya.

Menurut Anis, dia seronok, teruja dan bangga dapat bekerjasama dengan Universal, sekali gus terus gigih berusaha meningkatkan lagi jenama dirinya.

“Saya akui penyertaan bersama Universal ini cukup berjaya meningkatan kerjaya dan jenama saya.

“Bukan dari segi pendapatan, pengikut dan nama semata-mata, tetapi saya dapat mengukuhkan jenama sendiri sehingga peringkat antarabangsa.

“Jadi, saya berasa sangat bertuah kerana ada syarikat besar dan kukuh ini di belakang saya,” katanya.

Anis berkata, tidak ramai yang tahu bahawa Universal adalah syarikat yang sangat versatil pengurusannya di mana ia memberi dan membuka peluang kepada mana-mana bakat untuk diketengahkan ke peringkat lebih jauh.

“Buktinya, mereka berjaya mengurus dan membawa kerjaya saya berada pada tahap sekarang. Sejak diwakili syarikat itu, sedikit sebanyak memudahkan lagi saya berkolaborasi dengan lebih banyak jenama dan syarikat antarabangsa.

“Apabila bersama mereka, amat mudah untuk saya berkolaborasi dengan mana-mana jenama atau sesiapa saja. Apatah lagi, mereka memang memberi kepercayaan pada selebriti dan sanggup melabur. Lebih penting, mereka akan beri masa dan tenaga untuk kembangkan jenama saya,” katanya.

Menyedari dia adalah cef selebriti, Universal juga sanggup mempelajari selok-belok kerjayanya. Bercerita lanjut kerjasama itu, Anis berkata, apa yang dicapai kini adalah berkat saling percaya antara kedua-dua pihak.

“Sebelum ini saya dengan syarikat pengurusan Kartel yang kemudian bergabung dengan Universal dan Def Jams Southeast Asia.

 

ANIS bersyukur menerima Anugerah Platinum dari Universal Music Malaysia.
ANIS bersyukur menerima Anugerah Platinum dari Universal Music Malaysia.

 

“Kebetulan saya berbual dengan Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim. Saya cakap apa yang nak dicapai dalam industri ini. Jadi, kami terus bincang dan dia faham apa saya inginkan,” katanya.

Walaupun hanya berbual, mereka seterusnya menjadi rapat dan tidak banyak proses dilalui sebelum Anis bersetuju menyertai Universal.

“Sejak itu kami terus berbincang apa yang saya mahu dan mengatur perancangan ke depannya.

“Dari segi kontrak, memang tidak ditetapkan pun lagi berapa lama. Setakat ini, kedua-dua pihak seronok bekerjasama.

“Apa yang pasti masing-masing nak mara ke depan dan bersama-sama terokai lebih banyak perkara dalam bidang ini,” katanya.

Ketika pandemik Covid-19 melanda negara sejak tahun lalu, Anis bersyukur masih didatangi pelbagai tawaran kerja.

“Tak dinafikan ramai yang terkesan. Tapi, saya alhamdulillah masih okey dan ada tawaran kerja yang tidak putus-putus.

“Ada juga kolaborasi dengan pihak antarabangsa iaitu Tasty dengan membuat kandungan masakan untuk mereka.

“Saya orang Malaysia pertama yang kolaborasi dengan mereka. Ketika itu saya buat dua resipi masakan tempatan” katanya.

Anis kini merancang menerbitkan buku sendiri selepas menghasilkan buku dengan Thermomix.

“Kali ini kalau boleh saya nak ada buku sendiri pula dan boleh pasarkan ke peringkat antarabangsa.

“Selain itu, saya juga nak lebih banyak bekerjasama dengan jenama luar negara. Sebabnya, saya nak berkongsi masakan Asia terutama Malaysia,” katanya.

Harian Metrp

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat