‘Seni bukan main masuk, lontarkan dialog saja’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud, 59, bakal mengeluarkan buku berjudul Mencari Noriah pada Januari depan.

Fauziah atau mesra disapa Ogy berharap generasi muda mempunyai sikap menghargai dan menghormati ilmu sekiranya mahu bergelar anak seni yang berkualiti.

“Lakonan adalah seni ekspresi jiwa. Tiba masanya orang menyedari lakonan adalah seni yang mahal, bukan seni yang main masuk dan lontarkan dialog sahaja, ia bukan begitu,” katanya.

Ogy yang mencecah lima dekad pembabitan dalam dunia hiburan tempatan mengakui sudah begitu lama dia terbabit dalam semua cabang seni.

Menurut Ogy, pilihannya kini adalah mahu meninggalkan legasi Ogy’s Centrestage & Academy yang ditubuhkan pada 2018.

“Dengan apa yang diusahakan sekarang, iaitu mendidik dan berkongsi ilmu secara tidak langsung membuatkan harapan arwah ayah untuk melihat saya menjadi seorang pendidik tercapai.

“Jika ditanya apa lagi yang ingin saya mahukan, apatah lagi, semua cabang dunia seni sudah diterokai, pilihan saya adalah meninggalkan legasi Ogy’s Centrestage & Academy yang ditubuhkan pada 2018. Saya bersyukur dapat berkongsi ilmu dan memberikan semula pengetahuan selama hampir lima dekad kepada generasi muda.

“Saya percaya, kita tidak boleh menjadi pelakon hebat dalam masa tujuh hari. Seseorang kena belajar mengenali dan memahami apa itu seni sebelum menjadi bintang,” katanya.

 

OGY ketika muncul pada sesi live IG bersama WHAM.
OGY ketika muncul pada sesi live IG bersama WHAM.

 

Ogy juga Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 1986 dan 1987 berkongsi perkara itu pada sesi Instagram (IG) Live Bersama Penggiat Seni, menerusi topik Aku Pelakon Terbaik pada Sabtu lalu.

IG Live Bersama Penggiat Seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem (Finas) itu diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember ini.

Mengangkat topik, Aku Pelakon Terbaik, sesi Live IG itu dikendalikan moderator yang juga dua editor hiburan, Saharudin Mohd Musthafa dan Roslen Fadzil.

Selain itu, beberapa sesi IG Live disertai pemain terkemuka industri seni akan diadakan sepanjang sembilan hari, bermula kelmarin hingga 29 November depan.

Selain topik Aku Pelakon Terbaik, dua lagi topik diketengahkan iaitu Jadi Pengarah Tanpa Gagal membabitkan Syamsul Yusof, Mawi dan Yana Samsudin. Manakala topik How To Make A Drama Go Viral – The Magic Formula pula menampilkan Datuk Ziela Jalil, Datuk A Aida dan Fadzil Teh.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat