Ada Penduduk Guna Alasan Tak Tahu Ada PKPB Untuk Rentas Daerah – Polis Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU – Tidak tahu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) antara alasan yang sering digunakan orang ramai di Kelantan, semata-mata untuk merentas daerah.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata pelbagai alasan ‘dicipta’ bagi melepasi sekatan jalan raya, pihak polis tegas mengarahkan mereka berpatah balik sekiranya alasan yang diberikan tidak masuk akal.

“Macam-macam alasan yang diberikan, tidak tahu PKPB, ada yang kata mahu berjalan ke rumah kawan-kawan selain ada yang mengatakan untuk bekerja namun gagal mengemukakan surat majikan.

“Namun kita percaya segala alasan itu hanya direka semata-mata mahu melepasi sekatan polis. Bagi mereka yang benar-benar mengemukakan alasan kukuh, kita membenarkannya,” katanya ketika dihubungi.

Shafien berkata, memasuki hari kedua pelaksanaan PKPB di Kelantan, tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di negeri itu memuaskan setakat ini.

“Susah untuk kita katakan tahap sebenar kerana baru memasuki hari kedua. Namun setakat ini pematuhan rakyat boleh dikatakan memuaskan.

“Malah, jumlah kenderaan juga berkurangan kepada 30 hingga 40 peratus setakat ini,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi SOP yang ditetapkan dan jangan merentas daerah sekiranya tiada keperluan.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kelantan tengah malam kelmarin sehingga 6 Disember ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPB itu dilaksana bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksana saringan secara bersasar dan mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti di seluruh negeri itu. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat