Ayah Kena Kerja, Rumah Kita Tiada Pencetak Duit Wahai Anakku – Shahrol Shiro

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Biasa menghiburkan penonton di kaca televisyen, pelawak Shahrol Shiro tidak melepaskan peluang memainkan isu semasa di media sosial.

Shahrol, nama popular Shahrol Azizie Azmi, hari ini menjawab pertanyaan anaknya yang hairan beliau keluar bekerja pada Ahad.

“‘Kenapa ayah kena kerja hari ini?’ Ada dua sebab nak. Yang pertama, Johor kerja hari Ahad.

“Yang kedua, rumah kita tiada pencetak hendak cetak duit wahai anakku,” coretnya di Instagram.

Johan Maharaja Lawak Mega 2018 dipercayai menyindir cadangan ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Timbalan menteri belia dan sukan dalam satu wawancara radio baru-baru ini mencadangkan Bank Negara mencetak lebih banyak wang untuk diberikan kepada golongan memerlukan.

Cadangan itu bagaimanapun mendapat kecaman pelbagai pihak yang melihat ia mampu mengganggu kesejahteraan ekonomi negara. – MalayMail

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat