Pesawat Mendarat Cemas di Lebuh Raya Akibat Masalah Teknikal – PLUS

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan sebuah pesawat ringan telah melakukan pendaratan cemas di lebuh raya kendaliannya berhampiran Sedenak, Johor, pagi tadi.

Menurut PLUS dalam satu kenyataan, hari ini, pendaratan itu dibuat berikutan pesawat terbabit mengalami masalah teknikal.

Bagaimanapun, PLUS memaklumkan, tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu.

Selain itu, katanya, pesawat terbabit berjaya dialihkan ke kawasan selamat berdekatan lokasi kejadian dengan kebenaran Jabatan Penerbangan Awam (DCA), dan keadaan trafik lancar serta terkawal.

“Pusat Kawalan Trafik (TMC) PLUS mendapat maklumat mengenai kapal terbang hilang dari radar di Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) Senai pada jam 10.55 pagi tadi dan memohon PLUS memantau kawasan lebuh raya untuk memberikan bantuan sekiranya perlu.

“Pada jam 10.56 pagi, TMC mendapat panggilan daripada pengguna lebuh raya mengenai kehadiran sebuah pesawat ringan di lebuh raya di Kilometer 47.8 (arah selatan).

“Susulan itu, pasukan PLUSRonda dihantar bagi memberi bantuan, manakala pasukan bomba dan penyelamat serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dihubungi untuk tindakan lanjut.

“Sejurus tiba di lokasi, pasukan PLUSRonda membantu menguruskan trafik serta menyediakan zon selamat, dan bekerjasama dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) serta pihak polis,” katanya – Berita Harian

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Penggunaan Nama Perdana Menteri Perlu Ikut Kad Pengenalan – PMO

KUALA LUMPUR - Semua dokumen rasmi berkaitan nama Perdana Menteri kini perlu menggunakan nama aslinya seperti yang tertera pada kad pengenalan iaitu Mahiaddin Md...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Berita Berkaitan

Maut Ketika Tukar Tayar Jentera Berat

IPOH: Seorang pekerja pusat servis tayar maut selepas sekeping besi gandar terpelanting lalu terkena mukanya ketika menukar tayar jentera berat di Kawasan Perusahaan Menglembu...

Lelaki Rebah Di Restoran Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung – Polis

PETALING JAYA - Lelaki yang rebah di sebuah restoran di Taman Sri Bintang, dekat sini petang semalam disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Kejadian yang...

EU Tidak Bolot Vaksin, Lebih 5 Juta Dos Vaksin Disumbangkan Kepada Malaysia – Michalis Rokas

PUTRAJAYA – Kesatuan Eropah (EU) menyangkal dakwaan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar kononnya blok itu membolot vaksin. Dutanya ke...