Pendakwaan Syed Saddiq: Perangkap Politik atau Perangkap Diri Sendiri

- Advertisement -

Pagi tadi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM1 juta dana milik Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Mengikut pertuduhan pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi, Syed Saddiq, 29, pada 6 Mac 2020, yang ketika itu menjawat jawatan Ketua ARMADA melakukan pecah amanah jenayah ke atas dana berjumlah RM1 juta, di mana beliau membuat pengeluaran dana berkenaan melalui cek CIMB Bank Berhad bernombor 000108 tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur.

Seperti biasa apabila terdapat kes sebegini berlaku ke atas ahli politik pembangkang, maka jawapan paling banyak digunakan oleh mereka yang terbabit atau berkepentingan, ialah semua ini adalah pendakwaan bersifat politik.

Semalam Syed Saddiq mendakwa pertuduhan menyeleweng dana Bersatu adalah merupakan satu muslihat lain untuk memaksanya menyokong Perikatan Nasional (PN).

Menurut Syed Saddiq, beliau telah menerima ugutan sedemikian sejak lebih setahun lalu. Dakwanya, ugutan seumpama itu timbul setiap kali muncul isu undian di parlimen yang dijadualkan bersidang semula minggu depan.

Malam ini Syed Saddiq akan membuat siaran langsung di media sosial mengenai kes beliau. Sama ada beliau sedar atau tidak, membuat ulasan mengenai kes yang telah dikemukakan kepada mahkamah boleh menimbulkan subjudis.

Namun ahli politik tidak seperti orang biasa, mereka sentiasa mempunya previlege (kelebihan) mengulas kes mereka dan mahkamah sukar mengambil tindakan kerana khuatir dilihat berpihak atau bertindak atas campur tangan politik.

Perangkap Politik

Syed Saddiq mendakwa ini semua perangkap politik. Perangkap politik atau tidak, fakta kes terpenting dalam isu ini ialah berlaku atau tidak pertuduhan yang telah dikemukakan di mahkamah hari ini.

Jika fakta kes tersebut berlaku, salah atau tidak tindakan beliau dari perspektif undang-undang? Jika salah, maka apa sahaja alasan perangkap politik, pemujukan politik, adalah tidak relevan dalam pembelaan dan juga keadilan.

Mungkin benar, mungkin juga tidak benar, dakwaan ada usaha untu membantu beliau menggugurkan kes jika menyokong PN.

Namun ia satu hal dan isu lain. Apa sahaja rundingan politik jika ada tidak menjejaskan pembuktian dan keterangan dalam kertas siasatan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan mengikut bukti dan keterangan, bukan agenda politik. Jika ada penangguhan atau pengguguran ia bergantung kepada Pejabat Peguam Negara.

Jika dilihat semula kronologi kes ini, ia tidak mungkin perangkap politik. Situasi hari ini berlaku kerana Syed Saddiq sendiri membuat laporan polis bahawa beliau kehilangan wang tunai sebanyak RM250,000 dari rumahnya.

Laporan ini telah menyebabkan Polis membuka kertas siasatan menyiasat keberadaan wang tersebut dan punca wang tersebut.

Dalam masa yang sama telah muncul pertanyaan dan desakan masyarakat dari mana beliau mendapat wang sebanyak itu secara tunai ketika hanya menjadi menteri sekitar 22 bulan sahaja.

Dalam laporan SuaraTV Jun 2020, Eksklusif: Konspirasi Penggubahan Wang haram Dalam Armada Bersatu, kami melaporkan SPRM telah menahan, Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Rafiq Hakimi Razali, bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Mac lalu.

Ketika itu kami difahamkan SPRM tidak menemui sebarang bukti yang boleh menyokong keterangan Syed Saddiq bahawa wang RM250,000 yang dilaporkan hilang Mac lalu adalah dari sumber keluarga beliau. Ini menyebabkan mereka beralih kepada pihak lain yang dipercayai menjadi sumber wang tersebut.

Juna 2020 juga SuaraTV melaporkan keadaan siasatan yang terdedah dalam satu akaun media sosial, “Skandal Armada Bersatu: Siasat Kehilangan RM250 ribu, Jumpa RM400 Ribu?

Justeru apa yang berlaku kepada Syed Saddiq hari ini bukanlah perangkap politik, tetapi lebih kepada perangkap diri sendiri. Beliau yang hadir membuat laporan polis wang tunai dalam jumlah yang besar dan kemudiannya gagal menunjukkan sumber yang jelas wang tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat