Ringkasan Jawapan Ebit Lew Mengenai Misi Ke Palestin

- Advertisement -

Berikut adalah beberapa catatan dan rumusan mengenai sidang media oleh Ustaz Ebit Lew menjawab fitnah ke atas misi ke Gaza melalui sidang media beliau tengahari tadi.

1. Tidak benar beliau membayar hampir setengah juta kepada syarikat Halaa untuk masuk ke Gaza seperti yang didakwa oleh Nadir.

2. Beliau juga tidak menggunakan nama entiti Miles of Smiles yang Nadir sebutkan. Malah beliau mendedahkan Miles of Smiles yang disebut oleh Nadir sebagai perantara yang bagus sebenarnya mengenakan caj USD10K (RM40K) satu kepala.

3. Sebaliknya setelah mendapat kelulusan, UEL menggunakan syarikat yang disyorkan oleh perisikan Mesir. UEL mengaku membayar RM10 ribu seorang untuk pengangkutan dan kawalan keselamatan.

4. Semua urusan pengagihan barangan yang beliau berikan diuruskan oleh Egypt Red Cresent dan Palestine Red Cresent yang telah diiktiraf oleh dunia.

Tidak benar dakwaan Nadir bahawa barangan itu tersangkut dan tidak akan dapat diagihkan. Semalam telah keluar video Egypt Red Cresent membawa masuk barangan UEL dan lain-lain penderma. Video dikeluarkan oleh Kerajaan Mesir.

5. Menjawab tuduhan Nadir beliau membazir wang penderma, UEL menyatakan beliau tidak membawa sebarang dana orang ramai atau kerajaan dalam misi ke Gaza. Beliau menggunakan wang sendiri dan rakan-rakan yang menderma.

6. UEL menyarankan orang yang sepatutnya membentangkan penyata sumbangan ialah Nadir sendiri kerana beliau mendakwa mendapat sumbangan RM20 juta setahun.

Tanya UEL, adakah Nadir pernah menerangkan secara terperinci kepada orang ramai mengenai perbelanjaan RM20 juta tersebut?

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat