Dua lagi Pertuduhan Menanti Syed Saddiq?

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijangka akan berhadapan dua lagi pertuduhan pecah amanah dan penggubahan wang haram esok dan minggu hadapan.

Menurut sumber, Syed Saddiq akan berhadapan pertuduhan membabitkan dana Pilihan Raya Umum ke-14 dan penggubahan wang haram membabitkan jumlah keseluruhan sekitar RM500 ribu.

Pagi tadi Syed Saddiq dituduh mengeluarkan wang sebanyak RM1 juta milik Armada tanpa kebenaran parti.

Kertas pertuduhan Syed Saddiq pagi tadi berbunyi, “Bahawa kamu, pada 6 Mac 2020, di CIMB Bank Berhad, yang beralamat di Menara CIMB KL Sentral, Tingkat Bawah, Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (ARMADA Malaysia) dan di dalam kapasiti tersebut kamu telah diamanahkan dengan penguasaan keatas dana ARMADA Malaysia, telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas dana tersebut, di mana kamu dengan curangnya telah membuat pengeluaran tunai berjumlah RM1 ,000,000.00 melalui cek CIMB Bank Berhad bernombor 000108 tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 405 kanun keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 406 kanun yang sama.

Jika disabitkan keslahan Syed Saddiq boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Syed Saddiq sejak semalam membuat penafian salah guna kuasa dan menganggap ia adalah pendakwaan politik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat