Buka sekolah luar bandar dulu elak ulang kluster sekolah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) dinasihatkan mengutamakan pembukaan sekolah luar bandar dan pedalaman yang kurang murid apabila sesi persekolahan mula dibuka secara berfasa mulai 1 September ini, kata bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, ia kemudian boleh disusuli dengan sekolah di kawasan hijau dan seterusnya sekolah yang terletak di kawasan yang mempunyai kadar penerima vaksin melebihi had imuniti kelompok.

“Pembukaan serentak di seluruh negara dikhuatiri hanya akan mengulangi kluster sekolah seperti sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.

Dalam perkembangan sama, Maszlee turut mempersoalkan rasional di sebalik keputusan KPM yang mengumumkan pembukaan semula sekolah pada 1 September tanpa perincian prosedur operasi standard (SOP) yang lengkap.

“Ramai ibu bapa bimbang pengumuman kali ini akan mengulangi pembukaan sekolah pada April lalu sehingga banyak sekolah akhirnya terpaksa ditutup selepas dua minggu dibuka.

“Akhirnya pembelajaran anak-anak lebih terganggu akibat keputusan KPM yang ‘flip-flop’,” katanya.

Beliau berkata, jika kementerian itu bertegas mahu membuka semula sekolah, sesi persekolahan secara bergilir perlu dilaksanakan bagi mengelakkan sekolah yang padat mengulangi insiden kluster sekolah.

“Bagi sekolah rendah, Tahap Satu pada Isnin dan Rabu, Tahap Dua pada Selasa dan Khamis, sementara bagi sekolah menengah pula, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 pada Isnin dan Rabu, Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 pada Selasa dan Khamis atau yang terbaik menurut pertimbangan pihak sekolah.

“Bagi calon SPM dan STPM pula, sesi persekolahan mereka janganlah diganggu,” katanya.

Katanya, bilangan murid di dalam kelas juga perlu dikecilkan dan waktu persekolahan harus dipendekkan.

“Banyakkan waktu untuk mereka berada di luar kelas dan di tempat terbuka sepanjang sesi persekolahan seperti yang disyorkan oleh ramai pakar perubatan.

“Mereka ini perlu diutamakan untuk kembali ke sekolah demi mengelakkan keciciran di peringkat rendah,” jelasnya.

Pada 17 Julai, KPM mengumumkan sesi persekolahan akan dibuka secara berperingkat mulai 1 September.

KPM berkata, keputusan itu dicapai selepas melihat kadar vaksinasi dalam kalangan warga sektor pendidikan membabitkan guru dan pentadbir yang sudah mencapai 61.3% atau 253,366 orang bagi dos pertama sehingga 16 Julai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat