Klip berita kebenaran rentas negeri palsu – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan satu klip video tular, yang mendakwa kerajaan sudah membuat keputusan membenarkan perjalanan rentas negeri.

Kementerian itu dalam satu hantaran melalui akaun Twitter KKMalaysia, berkata, klip video berdurasi 20 saat itu adalah fitnah yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial, seolah-olah ada keputusan dan kebenaran oleh Kerajaan untuk rentas negeri dan daerah.

“Video sebenar adalah video pada 1 April 2021. Video asalnya berdurasi 1 minit 2021.

“Video yang disebar di WhatsApp itu disunting dan disebarkan untuk mengelirukan orang ramai,” katanya.

Klip video yang disunting daripada laporan berita Buletin Utama itu dipercayai sudah disebarkan berulang-ulang kali.

Laporan asal bertarikh 1 April lalu antara lain menyebut rakyat Malaysia yang sudah menerima dua dos vaksin COVID-19 akan dibenarkan untuk merentas negeri tanpa halangan, termasuk ke luar negara dengan adanya sijil khas yang membuktikan mereka sudah melengkapkan pelalian.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata, Kerajaan juga sudah berbincang dengan beberapa negara bagi membolehkan rakyat negara ini melakukan perjalanan ke negara terbabit.

Bagaimanapun, ketika ini, pergerakan rentas sempadan masih lagi belum dibenarkan berikutan penularan kes COVID-19 yang masih pada paras lima angka setiap hari.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada satu sidang media, berkata Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada individu yang sudah melengkapkan vaksinasi COVID-19, berpandukan kepada beberapa faktor merangkumi model pelaksanaan yang digunakan negara jiran dan fakta sains, selain kebimbangan diutarakan pelbagai pakar kesihatan.

Ismail Sabri dilaporkan berkata, sebarang keputusan dimuktamadkan jawatankuasa itu berhubung perkara berkenaan akan dibuat secara menyeluruh bagi mengelak risiko penularan jangkitan pada masa depan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat