Kerajaan Akan Perhalusi Cadangan Individu Lengkap 2 Dos Suntikan Vaksin Boleh Rentas Negeri – TPM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membawa isu memberi kebenaran kepada individu yang sudah lengkap 2 dos suntikan vaksin dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa ibubapa dan ahli keluarga di kampung halaman masing-masing.

Katanya, sebagai seorang bapa, beliau sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu kepada manusia.

“Melihat kepada komen-komen yang diberikan netizen di media sosial, saya dapati ramai yang menyuarakan keluhan pasangan jarak jauh atau ibubapa yang terpisah dari anak-anak kerana larangan merentas negeri.

“Sebagai seorang bapa, saya sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu kepada manusia. Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama. Lebih-lebih lagi jika ibubapa berkenaan sudah pun menerima dua dos vaksin.” katanya melalui catatan Facebook.

May be an image of 1 person

Justeru itu, Ujar Ismail Sabri lagi, beliau akan membawa isu rentas negeri ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dibincangkan.

“Oleh sebab itu saya sering membawa isu ini dalam mesyuarat MKN, supaya kelonggaran bertemu keluarga dapat dipertimbangkan bagi mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin. InsyaAllah, kerajaan sedang memperhalusi cadangan ini bagi membolehkan pasangan & keluarga jarak jauh disatukan semula.” ujar beliau. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat