Kerajaan Komited Hapus Golongan Miskin Tegar Dan Meningkatkan Pendapatan Isi Rumah- Mustapa Mohamed

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan kerajaan begitu komited untuk menghapuskan golongan miskin tegar menjelang tahun 2025.

Jelasnya, usaha membasmi golongan miskin tegar adalah antara tiga fokus yang digariskan dalam laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia ke-25 yang diterbitkan oleh Bank Dunia.

Bagi merealisasikan hal tersebut, Unit Kemiskinan di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang ditubuhkan akan menyelaraskan hal-hal dasar berkenaan pembasmian kemiskinan di peringkat nasional, ujarnya.

“Usaha tersebut adalah antara tiga fokus yang digariskan dalam laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia ke-25 yang diterbitkan oleh Bank Dunia selain usaha meningkatkan pendapatan isi rumah dan penggubalan pelaksanaan dasar.

“Bermula Mac tahun hadapan kerajaan akan bekerja rapat dengan pihak berkepentingan dalam menangani isu tersebut di seluruh negara.” katanya dalam ucapan merasmikan laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia ke-25 dengan tema “Staying Afloat” selari usaha kerajaan selama 21 bulan lepas dalam melindungi dan memperkasa kehidupan rakyat Malaysia susulan pandemik COVID-19.

Untuk itu, jelas beliau lagi, kerajaan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri, pertubuhan masyarakat sivil, dan sektor swasta dalam melaksanakan program pembasmian kemiskinan tegar di kawasan termiskin di Malaysia.

Tambahnya, pendekatan holistik dan bersasar untuk membasmi kemiskinan tegar di kira-kira 50 lokaliti di seluruh Malaysia akan digunakan.

“Tiada satu penyelesaian yang sesuai untuk semua kemiskinan. Justeru kerajaan akan merangka strategi khusus, berdasarkan ciri unik setiap lokaliti,” ujarnya.

Menurut Mustapa lagi, Malaysia berhasrat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.

Berdasarkan unjuran Bank Dunia, Malaysia dijangka melebihi ambang yang mentakrifkan ekonomi berpendapatan tinggi pada satu ketika antara 2024 hingga 2028. Salah satu isu untuk mencapai hasrat tersebut adalah kadar upah yang jauh lebih rendah.

Terdapat dua strategi utama yang digariskan bagi menambah baik nisbah pampasan kerja (CE).

“Dua strategi penting untuk mencapai matlamat 40% CE ialah pertama sekali, meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan berkualiti.

“Kedua adalah meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET dalam negara untuk memenuhi permintaan industri,” katanya.

Seperti yang dirangka dalam Rancangan Malaysia Ke-12, beliau memaklumkan kerajaan bercita-cita tinggi bagi mencapai sasaran tersebut.

“Kerajaan akan terus bekerja rapat bersama Bank Dunia dan organisasi antarabangsa lain termasuk sektor swasta dan sektor awam dalam meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia”. katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat