Bukan sombong tapi Bangsa Johor tolak DAP -Onn Hafiz

KUALA LUMPUR – Pengerusi BN Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengulang ketegasannya bahawa DAP tidak pernah dan tidak akan ada dalam Kerajaan Johor BN.

Menurut Onn Hafiz, ini hanya boleh jadi kenyataan jika rakyat Bangsa Johor terus memberi sokongan dan mandat kepada BN Johor yang beliau pimpin.

“Ini bukan soal sombong. Ini juga bukan soal perkauman. Ini soal prinsip, mandat dan tanggungjawab kepada Bangsa Johor.

“Sebagai Pengerusi BN Johor, yang menjaga kebajikan dan berkhidmat untuk setiap kaum di Johor, saya wajib menghormati hasrat rakyat akar umbi di setiap peringkat yang mahu kita bergerak sendiri dalam PRN Johor 2026.

“Suka saya mengingatkan bahawa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor ialah dua entiti yang berbeza. Di peringkat Pusat, BN bekerjasama dengan PH selepas PRU15 atas titah Yang di-Pertuan Agong ke-16, apabila tiada mana-mana gabungan mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan pusat.

“Keadaan itu tidak sama dengan Johor. Di Johor, BN telah diberi mandat yang jelas oleh rakyat. Alhamdulillah, Kita telah membentuk kerajaan negeri yang stabil. Kita telah membuktikan prestasi. Dan kita mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan kerja ini tanpa diganggu oleh percaturan politik yang menggugat kestabilan negeri.

“Di Johor, kita ada cara kita. Ini Umno Johor. Ini BN Johor. Ini Bangsa Johor,” tegas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat