“Ini masa untuk kemanusiaan bukan berpolitik- Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan semua supaya membantu mangsa banjir tanpa memilih kerana ini bukan masanya berpolitik tapi ini masa untuk kemanusiaan.

“Ini bukan masa untuk berpolitik. Ini masa untuk kemanusiaan. Bantuan diberi tidak harus memilih sesiapa,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Pejuang menasihatkan, perlu kita ingat bahawa hari ini orang lain memerlukan bantuan kita dan mungkin suatu hari nanti, kita pula perlukan bantuan daripada orang lain.

Dalam kenyataan media yang dititipkan buat ahli-ahli Pejuang, bekas Perdana Menteri itu meminta supaya semua ahli parti itu yang sedang memberi bantun supaya sentiasa menjaga disiplin, tidak sombong dam lakukan tanggungjawab ini dengan pemuh sabar dan sopan.

“Saya ikuti berita berkait dengan banjir yang melanda negara kita. Ia amat merisaukan dan sudah pasti kesusahan yang dihadapi mangsa amat memeritkan.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat bersama tetapi saya yakin ahli-ahli Pejuang dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik.

“Membantu mereka yang dalam kesusahan adalah tonggak utama perjuangan parti kita,” ujarnya.

Difahamkan Dr Mahathir menulis kenyataan ini ketika masih dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Tambah beliau lagi, bantuan yang dihulur kepada mangsa banjir sedikit sebanyak dapat meringan beban yang dihadapi mereka.

“Saya ucap terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam usaha menyalurkan bantuan dalam apa bentuk sekali pun. Syabas dan semoga diberi kerahmatan berpanjangan.

“Begitu juga dengan usaha yang dilakukan semua rakyat Malaysia di setiap peringkat yang telah sama-sama keluar membantu mangsa yang terlibat.

“Saya juga ambil kesempatan untuk ucap terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan saya,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat