Kedah sumbang RM200,000 kepada Selangor bantu pasca banjir -Sanusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Kedah akan menyalurkan sumbangan pasca banjir RM200,000 kepada Selangor atas semangat kebersamaan.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, selain sumbangan, pihak Khidmat Malaysia Cawangan Kedah juga sedang menggerakkan kutipan sumbangan untuk dibawa ke Selangor bersama aset dan petugas untuk membantu penduduk di sana.

“Sebagai tanda kebersamaan kami rakyat Kedah dengan seluruh mangsa banjir di Selangor, Kerajaan Negeri Kedah akan menghulurkan sumbangan khas kepada Selangor sebanyak RM200,000.

“Sumbangan ini akan diuruskan oleh Pejabat Pegawai Kewangan Negeri seberapa segera. Semoga bantuan kecil ini dapat membantu rakyat dan kerajaan Negeri Selangor.

“Semoga seluruh bantuan yang sedang diusahakan akan membantu mereka menghadapi kesukaran pasca banjir,” kata Sanusi dalam satu kenyataan media semalam.

Menurut beliau, Kedah amat bersimpati dan berdukacita dengan musibah banjir besar yang melanda penduduk di Selangor dan beberapa negeri lain.

Ujarnya, kesukaran penduduk dan kemusnahan harta benda tentulah lebih besar daripada yang dapat dibayangkan.

“Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri khususnya Selangor paling teruk terjejas pastinya bertungkus-lumus mengerahkan seluruh keupayaan aset dan agensi kerajaan bagi membantu rakyat menghadapi musibah ini,” kata Sanusi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat