Takut penganalisis jadi pengampu – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh meminta Penganalisis Sosiopolitik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi melakukan analisis terlebih dahulu berkenaan suara dan tindakan sayap Umno itu sebelum menganalisis atmosfera politik terkini negara.

Kata Akmal, beliau bimbang sekiranya bercakap tanpa analisis akan menampakkan Awang Azman sebagai pengampu kepada Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Mohon penganalisis untuk buat analisis terlebih dahulu apa yang Pemuda Umno dah buat sebelum ini.

“Kalau main cakap tanpa analisis itu bukan penganalisis tetapi takut jadi pengampu,” bidas pada Isnin di Facebook.

Akmal berkata demikian sebagai respon kepada dakwaan pensyarah UM itu yang mempersoalkan Pemuda Umno sudah kalah PRN baru bersuara.

Terdahulu media melaporkan, Awang Azman berkata, Pemuda Umno sepatutnya lebih aktif menjelang PRN baru-baru ini, selepas sayap itu menggesa perubahan dalam parti susulan prestasi buruk dalam pilihan raya itu.

Kata Awang Azman lagi, Pemuda Umno bersikap pasif semasa kempen dan “sepatutnya lebih aktif” dan tidak bersuara hanya apabila parti itu mengalami kekalahan.

Awang Azman mendakwa, jentera bahagian parti tidak mendekati pengundi manakala beberapa pemimpin parti yang sebelum ini memegang jawatan hanya berkempen separuh hati.

“Sekarang apabila mereka tidak mempunyai kuasa lagi, mereka nampaknya tidak banyak membantu parti. Tetapi apabila parti kalah, merekalah yang pertama menekan kepimpinan dengan pelbagai tuntutan,” katanya.

Akmal minggu lalu telah menggesa kepimpinan parti itu “membuat perubahan” atau berisiko “dikuburkan” berikutan kekalahan teruk parti itu pada PRN baru-baru ini.

“Jika kita terus lena dibuai mimpi, satu hari nanti pasti Umno dikuburkan. Kita takkan benarkan benda itu terjadi,” katanya pada perhimpunan khas anjuran sayap itu 17 Ogos lalu.

Walaupun Akmal tidak memperincikan perubahan yang dimaksudkan, beberapa ahli menggesa Presiden Umno berundur daripada jawatannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat