Sebelum Umno kalah pun, Akmal dah bersuara – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengkritik Penganalisis Sosiopolitik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi yang membidas Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh yang dikatakan hanya bersuara selepas parti kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bekas Ketua Pemuda Umno itu menegaskan, sebelum kalah pun Dr Akmal telah bersuara dan ini sekali gus menafikan dakwaan penganalisis sosiopolitik itu.

“Sebelum kalah pun Akmal dah bersuara.

“Habis bila kalah, nak bisu lagi?

“‘Penganalisis’ ni pun ‘dok rok cetong’, corruption enabler,” bidas Khairy di Instagram Storynya pada Isnin.

Terdahulu media melaporkan, Awang Azman berkata, Pemuda Umno sepatutnya lebih aktif menjelang PRN baru-baru ini, selepas sayap itu menggesa perubahan dalam parti susulan prestasi buruk dalam pilihan raya itu.

Kata Awang Azman lagi, Pemuda Umno bersikap pasif semasa kempen dan “sepatutnya lebih aktif” dan tidak bersuara hanya apabila parti itu mengalami kekalahan.

Awang Azman mendakwa, jentera bahagian parti tidak mendekati pengundi manakala beberapa pemimpin parti yang sebelum ini memegang jawatan hanya berkempen separuh hati.

“Sekarang apabila mereka tidak mempunyai kuasa lagi, mereka nampaknya tidak banyak membantu parti. Tetapi apabila parti kalah, merekalah yang pertama menekan kepimpinan dengan pelbagai tuntutan,” katanya.

Minggu lalu, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh menggesa kepimpinan parti itu “membuat perubahan” atau berisiko “dikuburkan” berikutan kekalahan teruk parti itu pada PRN baru-baru ini.

“Jika kita terus lena dibuai mimpi, satu hari nanti pasti Umno dikuburkan. Kita takkan benarkan benda itu terjadi,” katanya pada perhimpunan khas anjuran sayap itu 17 Ogos lalu.

Walaupun Akmal tidak memperincikan perubahan yang dimaksudkan, beberapa ahli menggesa Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat