Konflik Logo, Tema Hari Kebangsaan Bukti Negara Kita Berpecah, Kebudak-budakan – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polemik tema dan slogan Hari Kebangsaan 2023 antara blok kerajaan dan pembangkang disifatkan sebagai kebudak-budakan (childish).

Malah menurut bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar konflik logo dan tema Hari Kebangsaan adalah satu lagi bukti negara kita berpecah.

“Ini satu lagi bukti negara kita berpecah sampai logo dan tema bulan kemerdekaan pun jadi polemik.

“Bagi saya sangat childish, bagi saya termasuk dua-dua belah pihak termasuk pentaksub dua-dua belah pihak,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Isnin.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda Umno juga mengingatkan tahun ini bukanlah pertama kali isu tema dan logo Hari Kebangsaan mencetuskan konflik.

“Saya nak beritahu ini bukan tahun pertama kita berpecah sebab tema dan logo bulan kebangsaan. Pada tahun 2012 dah mula tema Merdeka 55 iaitu 1Malaysia Janji Ditepati dan ketika itu Pakatan Rakyat keluar dengan slogan Sebangsa, Senegara, Sejiwa.

“Dah mula la dari situ bukan saya nak ungkit benda lama, PAS pun ada dalam tu.

“Selangor pun ada tema dan logo dia sendiri. Kini menteri-menteri kata cabul semangat federalisme – come on lah dulu pun kamu buat, jadi dua-dua salah,” kata Khairy.

Beliau malah berseleroh mengatakan slogan Hari Kebangsaan di Malaysia adalah sesuatu yang sangat penting.

“Kalau tak dak slogon bulan merdeka boleh ada rusuhan.

“Pakailah apa sahaja kerajaan dah putuskan,” bidas beliau lagi.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari berkata, berikutan tema Hari Kebangsaan yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ mempunyai perkataan yang diulang-ulang semasa kempen politik.

Hal demikian, cadangan Pemuda PN berhubung penggunaan logo dan tema alternatif itu lahir apabila melihat kerajaan pusat telah mempolitikkan sambutan Hari Kebangsaan yang secara terang-terangan berbaur politik kepartian.

Media melaporkan Ahmad Fadhli berkata, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah PN berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN pada Sabtu iaitu “Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera” dan logo dengan elemen bunga raya.

Pada Mei lepas, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 ialah “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” dengan mengangkat Malaysia Madani sebagai logo rasmi.

Dalam pada itu, ujar Ahmad Fadhli, tema dan logo yang diperkenalkan oleh PN lebih bersifat tengah dan tidak merangkumi perkataan yang diulang-ulang semasa kempen.

Mengulas lanjut isu logo dan tema Hari Kebangsaan 2023, Khairy menegaskan bahawa kecintaan rakyat kepada negara tidak bergantung kepada siapa pimpinan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Tak kan cinta kita kepada negara bergantung kepada siapa yang duduk di Putrajaya, cinta negara cintalah.

“Kita kibarkan bendera sebab kita sayang negara kita, bukan sokong siapa ada di Putrajaya.

“Saya betul-betul rasa benda ini childish sebab itu saya rasa pendapat saya marah tukar logo slogan lain,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat