Jawatan Perdana Menteri Tak Halang Anwar Jadi Muslim – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak bersetuju dengan kritikan-kritikan yang mempersoalkan rasional tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengislam saudara baru sehingga menjadi polemik.

Tegas Khairy, Anwar adalah Perdana Menteri tetapi kedudukan itu tidak menyekat beliau untuk menjadi Muslim.

“Dalam hal ini saya nak mempertahankan Perdana Menteri, Anwar adalah Perdana Menteri tetapi menjadi (jawatan)Perdana Menteri tidak menyekat beliau untuk menjadi Muslim, dia Perdana Menteri dan mana-mana orang Islam boleh mengislamkan saudara baru… boleh mendengar dan membantu saudara baru itu untuk mengucap dua kalimah syahadah.

“Saya dah rujuk Dr Zulkifli al-Bakri, ustaz betul ke, sesiapa pun boleh Islamkan orang? Katanya boleh asalkan orang tu masuk Islam tanpa paksaan lepas itu daftar dengan Majlis Agama Negeri.

“….boleh kritik Anwar berkenaan isu polisi tapi perkara ini tak patut. Kalau saya ada orang datang untuk pimpin syahadah, saya akan buat perkara sama,” kata Khairy dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Isnin.

Terdahulu Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) menyatakan rasa kesal atas tindakan Anwar mengislamkan seorang pemuda secara terbuka di Masjid India Klang, baru-baru ini.

Sebagai pemimpin negara, kata KLSCAH, Anwar perlu mempertimbangkan sama ada tindakannya selari dengan keperluan menjaga ketenteraman penduduk dan sentimen rakyat daripada semua latar belakang kaum, atau tidak.

Dakwa NGO itu lagi pembabitan terbuka perdana menteri dan kejadian itu dimuat naik di media sosial menunjukkan dia kurang sensitiviti agama.

Mengulas perkembangan lain, Khairy menempelak kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang melabel
dua wakil rakyat pembangkang di negeriitu melawan perjuangan Islam semasa menyampaikan kuliah.

“Macam mana kata PAS saja yang ada monopoli ke atas perjuangan Islam.

“Pandangan kita untuk PAS, kalau betul betul nak lihat soal pengaruh PAS dapat berkembang ke seluruh negara kepada bukan Islam malah orang Melyu pun tak boleh terima kenyataan seolah-olah PAS yang memonopoli perjuangan Islam,” bidas beliau.

Pada Jumaat lalu, Nassaruddin yang baru-baru beberapa hari dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang ke-19 melabelkan kemenangan gabungan BN dan PH di Galas serta Kota Lama sebagai melawan perjuangan Islam semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu, di Kelantan.

Media melpaorkan, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Bahagian Rantau Panjang membuat laporan polis ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud susulan kenyataannya melabel dua calon PH-BN menolak perjuangan Islam.

Timbalan Ketua Amanah Rantau Panjang, Mohd Ridzuan Muhamad, berkata laporan itu juga dibuat bagi menggesa Nassuruddin membuat permohonan maaf atas kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.

Katanya, apa yang dilontarkan Mohd Nassuruddin melalui ucapannya pada Jumaat lalu, bukan saja boleh memecahkan perpaduan umat Islam, malah seperti menunjukkan dua calon PH dan BN masing-masing di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama dan Galas seakan-akan melawan perjuangan Islam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat