Sate Aidiladha Di Tengah Pandemik

- Advertisement -

OLEH: NABIEH RAHMAT

Tradisi Hari Raya Aidiladha di Indonesia adalah ‘nyate.’ Baik di tengah Kota Jakarta mahupun di pedalaman, daging dan organ dalaman haiwan korban akan disalai atas api, sambil keluarga dan jiran-jiran berkumpul pada petang hari.

Namun, kali ini mungkin sambutannya tak seperti biasa. Sudah sebulan PPKM (semi-lockdown) dilaksanakan di Pulau Jawa, Bali dan beberapa provinsi lain. Kedai-kedai dan warung hanya dibenarkan dibuka sampai pukul 8 malam sebelum lampu-lampu jalan dimatikan dan suasana menjadi sunyi sepi.

Ramai yang protes terutama mereka yang bekerja harian bahkan di beberapa tempat terjadi kerusuhan. Pemerintah menyalurkan bantuan sosial (Bansos) bernilai Rp 39 trilliun @ RM 13 billion. Namun, tentu belum semuanya telah diterima oleh rakyat yang semakin terdesak. Ia juga belum tentu bebas dari penyelewengan oleh individu-individu yang diberi tanggungjawab. Tahun lepas, seorang menteri ditangkap oleh (Komisis Pemberantasan Korupsi) kerana pecah amanah.

Kadar vaksinasi baru mencapai 15% sementara suara-suara yang menolak vaksinasi tak pernah berhenti berteriak. Ada artis, doktor dan influencer yang masih menafikan pandemik yang telah berlangsung lebih setahun.

Sementara virus tak pernah berhenti berjangkit dan bermutasi. Dua minggu pertama bulan Julai, 114 doktor perubatan dilaporkan meninggal dunia. Dalam empat hari terakhir, jumlah kematian harian melebihi angka 1000 sementara jumlah kes stabil diangka 30 ribu – 50 ribu sejak beberapa minggu lepas.

Memang tak mudah mengurus pandemik bagi negara yang mempunyai 270 juta penduduk itu. Selain faktor geografi yang terdiri 17 ribu pulau, kepelbagaian suku, adat dan pendapat menambah kerumitan untuk mereka memenangi ‘peperangan’ ini. Semoga Tuhan menuntun jalan.

Beliau merupakan Editor majalah Agenda Massa

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat