Qobin sedia tentang Raja Nong Chik di Parlimen Lembah Pantai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin memberi peringatan bahawa ini bukan masa nak letak siapa calon pilihan raya sebaliknya sekarang waktu bersama membantu rakyat.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai berkata demikian susulan kenyataan Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang didakwa mula memainkan isu calon di Parlimen Lembah Pantai.

Muqharabbin atau dikenali sebagai Qobin menegaskan bahawa UMNO bahagian sudah membawa nama kepada kepimpinan parti, sampai masa biarlah kepimpinan tertinggi UMNO memutuskan siapa yang benar-benar layak.

“Jangan niat turun bantu rakyat, pada masa sama meminta meletakkan calon pilihan. Itu tak ikhlas namanya.

“Sekiranya Datuk Raja (Nong Chik) masih meminta untuk meletakkan calon atau bertegas menjadi calon bebas, saya sedia berhadapan dan menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen Lembah Pantai.

“Ini sekiranya pucuk pimpinan parti tidak mencalonkan Ketua UMNO bahagian Datuk Ramlan Askolani atau Timbalan Ketuanya Datuk Tengku Zuhri Abdul Aziz atau Ketua Puteri Dr Masliha Harun sebagai calon UMNO Lembah Pantai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Raja Nong Chik dilaporkan ingin bertanding bebas serta meminta agar Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz diletakkan sebagai calon Lembah Pantai tanpa memaklumkan kepada kepimpinan bahagian.

Mengulas lanjut, Muqharabbin berkata beliau menghormati cadangan Raja Nong Chik sebagai bekas ketua bahagian yang mahu calon UMNO lain, tetapi membuat kenyataan media tanpa berbincang dengan Exco Kanan UMNO bahagian adalah tidak tepat dan mengguris perasaan kepimpinan parti di kawasan itu.

“Kenyataan beliau memilih untuk bertanding bebas juga melambangkan ketidaksetiaan kepada parti sekiranya ada calon luar yang dipilih pucuk pimpinan.

“Seharusnya beliau mencadangkan calon dalam kalangan Umno bahagian sendiri yang memegang jawatan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat