Tiada Peruntukan Tambahan Dalam Belanja Mengurus – Tengku Zafrul-

PRN Sabah: Warisan Tumbang

Kota Kinabalu - Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal tumbang setelah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memperolehi 37...

GRS Perlukan 9 Kerusi Lagi Untuk Bentuk Kerajaan Negeri Sabah

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di laporkan telah memperolehi 28 kerusi dan memerlukan hanya 9 kerusi lagi bagi membentuk kerajaan negeri. Menurut keputusan...

Presiden UPKO Tewas Di DUN Kiulu

KOTA KINABALU - Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu pada Pilihan Raya...

Individu Pulang Dari Sabah Akan Disaring Bermula Esok – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Semua individu yang tiba dari Sabah akan disaring di pintu masuk domestik dan antarabangsa, bermula esok hingga 10 Oktober depan. Ia susulan peningkatan...

LIVE – KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRN SABAH

Tidak Rasmi: Warisan Plus (Warisan, UPKO, PKR, DAP, Amanah) : 22 GRS (BN/PN/PBS): 37 Usno: 1 Bebas: 3 21.38 : Keputusan rasmi SPR, calon GRS (PN) Hajiji Noor...

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Tiada peruntukan tambahan dalam belanja mengurus berikutan pertambahan kementerian di bawah kerajaan Perikatan Nasional, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz.

Berdasarkan penyusunan semula fungsi kementerian di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Zafrul berkata terdapat tiga kementerian baharu yang diwujudkan iaitu Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Alam Sekitar dan Air dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Tiga kementerian lain yang telah distruktur semula adalah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pendidikan manakala satu kementerian telah dihapuskan iaitu Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

“Walaupun terdapat kementerian baharu yang diwujudkan serta bilangan menteri dan timbalan menteri bertambah, namun tiada peruntukan tambahan yang terlibat memandangkan keperluan perbelanjaan untuk kementerian baharu telah diagihkan ataupun diperuntukkan semula.

“Bagi pertambahan menteri dan timbalan menteri terutamanya di Jabatan Perdana Menteri, perbelanjaan yang terlibat akan menggunakan peruntukan semasa kementerian terlebih dahulu dan selebihnya daripada penjimatan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Amiruddin Hamzah (Bebas-Kubang Pasu) di Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Tengku Zafrul berkata urusan untuk menyusun semula peruntukan kementerian terlibat akan dibawa untuk kelulusan parlimen melalui Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2020 yang akan dibentangkan pada sesi persidangan kali ini.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Individu Pulang Dari Sabah Akan Disaring Bermula Esok – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Semua individu yang tiba dari Sabah akan disaring di pintu masuk domestik dan antarabangsa, bermula esok hingga 10 Oktober depan. Ia susulan peningkatan...

Kuarantin Di Rumah, Ahmad Zahid Pantau Maya #PRNSabah

KOTA KINABALU- Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak melepaskan peluang memantau perjalanan proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah meskipun...

Shafie Arah JPN Luluskan Permohonan Orang Yang Telah Mati Dapatkan ‘Mykad’

Kota Kinabalu - Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Afdal meluluskan permohonan orang yang telah mati untuk mendapatkan kad pengenalan. Berdasarkan gambar yang dikirimkan...