Azeez Rahim Sahut Cabaran Debat Dengan Mujahid

KKM Jangka 4 Minggu Lagi Ratakan Lengkungan Jangkitan Covid-19

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan lengkungan pandemik Covid-19 dapat diratakan dalam tempoh empat minggu akan datang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor...

PKR Gagal Serah Writ Saman RM10 Juta Kepada Zuraida – Peguam

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum dapat menyerahkan writ saman RM10 juta kepada bekas Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin yang didakwa melanggar...

Kerajaan Tiada Kuasa Batal PRK Batu Sapi, SOP Lebih Ketat Dibincang

PUTRAJAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi yang akan diadakan pada 5 Disember ini akan tetap diteruskan biarpun kes positif Covid-19 terus meningkat...

835 Kes Baru Covid, Sabah Catat Jangkitan Tertinggi 410 Kes – KKM

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini menurun kepada tiga angka apabila mencatatkan 835 kes, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes...

Noh Omar, Nazri Aziz Nafi Laporan Serang Najib Ketika Mesyuarat MP UMNO

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjong Karang melahirkan rasa terkejut apabila dirinya dikaitkan dengan individu yang dilaporkan menyerang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...

CYBERJAYA – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Azeez Rahim menyahut cabaran debat oleh bekas Menteri Agama Datuk Seri Mujahid Yusof dalam hal berhubung institusi kewangan yang menguruskan dana umat Islam itu.

Azeez ketika dihubungi, bersetuju dengan cabaran debat tersebut yang juga bakal dianjur dan disiarkan secara langsung oleh SuaraTV.

“OK”, katanya ringkas ketika ditanya berkenaan persetujuannya untuk berdebat dengan Mujahid dan penganjuran debat tersebut.

Terdahulu, Mujahid dalam cabarannya  terhadap Ahli Parlimen Baling itu berkata, beliau tiada masalah untuk menjemput Abdul Azeez membentangkan segala fakta dan dakwaan dalam perdebatan itu nanti.

Mujahid yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, lebih-lebih lagi bekas Pengerusi Lembaga TH itu dilihat sering mencelah untuk mempertahankan diri sewaktu ucapan beliau dalam sidang Dewan Rakyat 15 Julai lalu.

“Saya nak berdebat dengan dia ini. Kita bentangkan apa yang didakwa. Dia kata ada fakta, tak apa, dedahkanlah supaya jangan ada beringat-ingat seperti di Parlimen baru-baru ini.

“Kita dedahkan secara aman, damai, bertamadun dan kita serahkan kepada rakyat untuk menilai,” katanya memetic laporan Sinar.

Sebelum ini, dalam perbahasan usul yang menyentuh hal berhubung institusi kewangan yang mengurus dana umat Islam itu, Mujahid mendedahkan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Semula Lembaga TH yang dilakukan PH adalah berdasarkan laporan audit dan dapatan siasatan bebas mengenai kedudukan kewangan TH.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar itu mendedahkan bahawa aset TH lebih rendah daripada tanggungan sejak 2014 berdasarkan hasil dapatan siasatan beberapa badan yang dilantik untuk menyiasat kedudukan kewangan agensi tersebut.

Hal tersebut menarik perhatian Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez yang beberapa kali bangun mencelah meminta penjelasan Mujahid.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan