Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah – Ismail Sabri

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bermula Jumaat (24 Julai 2020) ini, semua rakyat Malaysia dan warga asing yang dibenarkan memasuki negara ini akan dikenakan kuarantin wajib di pusat-pusat kuarantin yang disediakan kerajaan.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

“Bermula Jumaat ini, semua rakyat Malaysia termasukwarga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini dikenakan kuarantinwajib di pusat-pusat kuarantin yang disediakan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, beberapa pihak termasuk bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan agar memperketatkan kawalan kuarantin untuk mereka yang tiba dari luar negara berikutan pertambahan kes import yang dilaporkan.

Sehubungan itu, Najib turut menggesa kerajaan menyemak semula keperluan untuk mengenakan kuarantin di rumah kepada kumpulan yang baru memasuki negara ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat