Laporan Forensik Temui Perbualan Syed Saddiq Bincang Alasan Tutup Isu Duit Hilang – Penyiasat SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, anggaran RM250,000 yang didakwa hilang daripada peti besi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah hasil simpanan keluarga untuk membiayai kos ubah suai rumah.

Walau bagaimanapun, transkrip laporan forensik mengandungi rakaman perbualan beliau dengan beberapa ahli kumpulan dalam aplikasi WhatsApp mendedahkan, wang itu merupakan sumbangan daripada dana parti politik (discretionary fund) yang pernah dipohonnya.

Laporan forensik itu malah mengandungi perbualan Syed Saddiq dengan ahli-ahli kumpulan mengenai alasan yang akan dimaklumkan kepada pihak media untuk menutup mulut masyarakat berhubung kehilangan wang daripada peti besi di rumahnya.

Laporan forensik itu diperolehi selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas telefon bimbit Rafiq Hakim Razali yang ketika itu merupakan Penolong Bendahari Armada untuk dianalisis.

Perkara itu dimaklumkan Pegawai Penyiasat SPRM, Muhamad Taufik Awaludin ketika memberi keterangan pada perbicaraan hari pertama Syed Saddiq yang menghadapi tuduhan pecah amanah RM1 juta dan salah guna wang RM120,000.

Saksi pendakwaan pertama itu berkata, pihak SPRM mula menjalankan siasatan pada 31 Mac 2020 berhubung kehilangan wang dari rumah Syed Saddiq hasil laporan polis yang dibuatnya bersama-sama ibu bapa.

Ujar Muhamad Taufik, 30, dalam laporannya, Syed Saddiq menyatakan, peti besi itu yang menggunakan kombinasi nombor keselamatan dibuka kali terakhir antara 13 dan 14 Mac 2020.

Menurut laporan itu, tiada kesan umpil pada peti besi manakala biliknya berada dalam keadaan kemas selain hanya individu tertentu yang mengetahui di mana wang tersebut disimpan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung esok.

Syed Saddiq sedang dibicarakan atas pertuduhan pindaan bersubahat dengan Rafiq melakukan pecah amanah dana berjumlah RM1 juta sebuah parti politik dengan menyalahgunakan dana tersebut.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat