KPDNHEP Rampas Lima Skid Tank Mengandungi 7,000 Liter Minyak Diesel

- Advertisement -

KUANTAN – Sebanyak lima buah skid tank yang dianggarkan mengandungi 7,000 liter minyak diesel dan 184 tong gas petroleum cecair (LPG) dirampas di tepi sungai belakang kawasan perindustrian Batu Tiga, di sini.

Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Mohamad Radzi Johari berkata, semua barangan kawalan tersebut dirampas dalam dua serbuan berasingan selama dua hari bermula semalam.

Menurutnya, ketika serbuan, pihaknya menemukan sebuah pam minyak yang digunakan untuk memindahkan diesel ke kapal dan sebuah kontena digunakan menempatkan tong-tong LPG.

“Dalam operasi tersebut, anggota penguat kuasa berjaya menyita skid tank yang dianggarkan bernilai RM20,000, minyak diesel RM31,500 dan pam minyak RM2,000 sekali gus menjadikan nilai keseluruhan RM53,500. Hasil serbuan ke atas stor penyimpanan haram diesel itu, seorang lelaki berbangsa Myanmar dipercayai penjaga kawasan pam minyak tersebut.

“Walau bagaimanapun, lelaki tersebut berjaya melarikan diri sebaik sahaja ketibaan anggota penguat kuasa. Kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam sidang akhbar di belakang kawasan Perindustrian Batu 3, di tepi Sungai Kuantan di sini hari ini.

Mohamad Radzi berkata, hasil pemeriksaan lanjut di lokasi sama, pihak penguat kuasa menemukan sebuah kontena mengandungi 184 tong LPG 14 kilogram (kg).

“Kami telah mengarahkan seorang lelaki yang kebetulan berada di lokasi berusia anggaran 60 tahun disyaki merupakan pemilik kontena tersebut. Hasil daripada itu, kami menemukan 127 tong LPG kosong dan 57 tong masih berisi, kesemua tong gas tersebut dianggarkan bernilai RM6,076.

“Pemilik kontena dan gas tersebut ditahan atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan pemilik boleh didenda sehingga RM5 juta atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dalam pada itu, tambah beliau, berdasarkan situasi pemantauan semasa disyaki bahawa operasi penjualan diesel yang dilakukan itu telah dijalankan selama lebih lima tahun.

“Melihat keadaan skid tank, struktur host dan pam minyak ia dilakukan dengan penuh terancang malah kita percaya, minyak diesel yang dijual kepada kapal-kapal itu jauh lebih murah daripada harga industri. Maklumat yang kita peroleh dari pegawai yang bertugas, memang terdapat beberapa buah bot yang kebetulan lalu namun apabila menyedari kehadiran kita, mereka terus bergerak pantas meninggalkan kawasan terbabit,” katanya.

Sementara itu katanya, pihak KPDNHEP Pahang turut mengambil tindakan proaktif setakat hari ini dan telah membuat pemeriksaan ke atas 32,457 premis yang melibatkan pelbagai perniagaan.

Tambah beliau, daripada jumlah tersebut sebanyak 370 kes telah dihasilkan melibatkan nilai rampasan RM39,411 dan kompaun sebanyak RM227,300. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat