NFC: Rafizi menang tiga kes saman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Rafizi Ramli menang dalam kes saman yang dibawa National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).

Rafizi dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, Mahkamah Persekutuan memutuskan beliau menang tiga kes saman NFC terhadapnya.

“Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan saya menang kes saman yang dibawa NFC terhadap saya.

“Siri kes NFC bermula tahun 2011 dan berlarutan hingga 2022. Ada tiga kes terhadap saya, saya menang semuanya,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi memberitahu wang saman yang diperolehnya akan dipulangkan kepada orang ramai dalam bentuk biasiswa dan bantuan kecil.

Rafizi dalam catatannya menyorot kronologi kes ini, beliau mula mendedahkan skandal NFC pada tahun 2011.

“Ada tiga kes yang dibawa terhadap saya – dua kes saman, masing-masing oleh Tan Sri Sharizat Jalil (ditarik balik) dan NFC (menang); dan satu kes jenayah (pertuduhan di bawah BAFIA) yang akhirnya saya menang juga.

“Saya ucapkan terima kasih kepada peguam-peguam saya dan orang ramai yang bersama selama 11 tahun ini.

“Cuma saya nak sahkan bahawa semua jumlah yang mahkamah putuskan perlu dibayar oleh NFC kepada saya (kerana kalah dalam saman ini) akan dipulangkan kembali kepada rakyat dalam bentuk biasiswa dan bantuan perniagaan kecil,” beritahu beliau.

Pada 7 Mac 2012, Rafizi membuat dakwaan dalam satu sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat PKR bahawa lapan pinjaman telah dibuat untuk membeli hartanah KL Eco City dengan meletakkan deposit pinjaman kerajaan di bank.

Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed berkata, projek NFC itu telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara pada 2011 yang mengetengahkan kegagalan dan kelemahannya, memandangkan ia membabitkan dana awam.

“Ia menarik perhatian orang ramai atas dasar akauntabiliti, ketelusan dan tadbir urus yang baik bagi semua yang terlibat dalam menguruskan dana awam,” katanya.

Dakwaan Rafizi bahawa dana awam disalah guna sebagai “leverage” untuk mendapatkan pinjaman juga akan menjadi pendapat yang jujur dan kesimpulan dibuat orang yang berfikiran wajar dalam keadaan itu.

“Responden tidak didorong oleh niat jahat untuk membuat kenyataan yang dipertikaikan kerana beliau percaya dakwaan itu benar dan (kenyataan) dibuat bagi menjalankan tugas awamnya,”katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat