Raffa cipta fenomena

- Advertisement -

MUZIK video lagu Cinta Sampai Mati nyanyian Raffa Affar sudah mencecah lebih 26 juta tontonan sejak dilancarkan pada 18 Januari lalu.

Raffa Affar atau nama sebenarnya Raffa Aldiansyah adalah penyanyi kelahiran Depok, Jawa Barat, Indonesia dengan mempunyai lebih empat juta pengikut di aplikasi media sosial TikTok.

Pengaruh dimiliki itu membuatkan Raffa bukan saja dikenali di Indonesia, malah mencipta fenomena di sini menerusi single sulungnya Cinta Sampai Mati.

Raffa juga sebelum ini dikenali sebagai penyanyi yang membawakan genre lagu berkonsepkan ketuhanan, selawat dan nasyid. Selain itu, dia gemar membuat ‘cover’ atau nyanyian semula lagu popular lain untuk dimuat naik ke akaun media sosial miliknya.

Raffa berkata, dia sudah lama ingin mempunyai single sendiri dan impiannya itu tercapai apabila melancarkan lagu Cinta Sampai Mati hasil ciptaan Ayu Rizki Yani, isteri Dodhy gitaris kumpulan Kangen Band.

Malah, dia tidak menjangka apabila lagu itu tular di media sosial selain digunakan sebagai muzik latar di kebanyakan hantaran pengguna laman sosial bukan saja di TikTok, tetapi juga di Instagram.

“Alhamdulillah, awalnya saya tidak menjangka lagu ini bakal tular hingga sekarang. Kalau tanya perasaan, sejujurnya saya sangat suka dan bangga.

“Dari segi kekuatan yang ada pada lagu ini, secara peribadi saya melihat pada lirik yang benar-benar dapat dirasakan oleh semua yang mendengar,” katanya.

 

LAGU Cinta Sampai Mati membawa maksud yang universal.
LAGU Cinta Sampai Mati membawa maksud yang universal.

 

Berkongsi mengenai pengalaman kali pertama merakamkan single pertama, Raffa berkata, ia sesuatu yang menarik dan menjadi kenangan berharga dalam hidupnya.

Istimewa buat peminat Raffa juga, dia bakal muncul dengan single baharu tidak lama lagi.

“Suasana ketika sesi rakaman lagu ini sangat tegang. Ini kerana, lagu Cinta Sampai Mati adalah single pertama. Tapi, alhamdulillah segalanya berjalan baik.

“Pastinya saya berharap lagu ini dapat diterima oleh masyarakat dan membawa berkat untuk semua yang mendengar.

“Insya-Allah, saya bakal melancarkan single baharu tidak lama lagi. Jadi, buat semua yang selalu bertanya dan tidak sabar untuk mendengarkan lagu baharu, nantikan di YouTube dan Instagram saya,” katanya.

Berkongsi lanjut, Raffa berkata, single ini pada asalnya diberi judul Dengarkanlah oleh penulis lirik sebelum diputuskan oleh label Botram Media Entertainment untuk tajuk yang lebih universal.

“Agar lagu ini dapat disampaikan mesejnya yang mempunyai maksud cinta kepada kedua-dua ibu bapa yang masih ada mahupun yang sudah tiada, kepada keluarga dan pasangan maka tercipta judul baharu yang mempunyai lirik baharu dalam lagu ini seperti ‘Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa’. Oleh itu, menjelang pelancaran lagu ini, judul diberi Cinta Sampai Mati.

“Single ini antara single pertama berkolaborasi antara Hayat Kreatif Studio dengan Botram Media Entertainment. Untuk single pertama ini juga, saya cuba menghasilkan genre muzik yang sedikit berbeza dengan lagu tular lain,” katanya.

Hayat Kreatif Studio bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform ‘streaming’, Youtube dan iTunes di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Manakala untuk pasaran di Indonesia dan negara lain dilancarkan dibawah label muzik Botram Media Entertainment.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat