PASleak: Kena selidik dulu, Annuar nak jumpa Samsuri dan Takiyuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tan Sri Annuar Musa berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata beliau harap berpeluang bertanya khabar tentang berita yang viral kononnya dua pimpinan PAS berkenaan terlibat dalam komplot menjatuhkan UMNO seperti minit mesyuarat yang tersebar.

“Saya berharap akan berpeluang menemui sendiri Menteri Besar Terengganu dan Setiausaha Agung PAS untuk bertanya khabar tentang berita yang viral kononnya mereka terlibat dalam usaha tertentu.

“Agama menuntut supaya kita menyelidik terlebih dahulu apabila kita terima sesuatu berita,demi mengelakkan berlakunya fitnah,” jelas Annuar di Facebooknya pada Khamis.

Ahli Parlimen Ketereh menyatakan bahawa UMNO dan PAS mengisi bersama kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

“UMNO dan PAS sama-sama dalam kerajaan pimpinan Ismail Sabri dari UMNO.

“Jadi adalah penting kita jaga hubungan yang baik ini.Apa lagi di bulan Ramadan yang mulia ini. Elak fitnah,” katanya.

Annuar juga memberitahu beliau juga akan cuba menemui pemimpin PAS yang lain.

“Saya tetap berpegang kepada prinsip bahawa orang Melayu dan umat Islam perlu bersatu,atau setidak tidaknya jangan berpecah belah.Kita harus berpegang teguh pada tali Allah(Islam).

“Insyaallah saya akan bertemu mereka berdua.

“Malah jika berpeluang,saya akan menemui pemimpin pemimpin PAS lain juga.Insyaallah,” ucapnya.

Baru-baru ini kecoh susulan tersebarnya minit mesyuarat yang kononnya “PASleak” yang mendedahkan taktikal politik Perikatan Nasional (PN) merancang memusnahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Manakala Naib Presiden PAS, Samsuri mengklasifikasikan dokumen minit mesyuarat yang didakwa mengandungi maklumat sulit berkenaan langkah terancang ‘menjatuhkan’ pemimpin UMNO sebagai “sampah.”

Beliau mengakui berasa hairan kerana ada pihak yang percaya bahawa dokumen tersebut sebagai sesuatu yang benar.
“Dokumen “sampah” macam itu pun ada orang percaya juga? Saya buat gelak saja benda tu.

“(Dokumen berkenaan) tak benar, entah datang daripada mana entah dokumen tu. Benda sampahlah bagi saya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat