Kemerosotan ringgit wajar diperjelas Anwar di Parlimen – Hassan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menggunakan sesi jawapannya ketika pembukaan Parlimen pada 27 Februari ini dengan membentangkan penjelasan berhubung kedudukan Ringgit Malaysia yang kian merosot.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, kedudukan ringgit ketika ini mencemaskan rakyat kerana terus merosot saban hari.

Katanya, sebagai Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Perpaduan, gesaan tersebut bukanlah untuk memburukkan keadaan dengan menuding jari atau mencari kesalahan mahu pun kelemahan kerajaan.

Sebaliknya, kata Hassan, sebagai Ahli Parlimen beliau berhak meminta Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan supaya secara rasmi menjelaskan dua perkara di Dewan Rakyat.

“Pertamanya, mengapa kedudukan ringgit begitu lemah sekarang ini berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS) dan Singapura.

“Keduanya dan ini yang terpenting iaitu apakah tindakan segera kerajaan untuk mengatasi kejatuhan ringgit dan menyelamatkan ekonomi negara,” katanya di Facebook pada Rabu.

Beliau berkata, Parlimen adalah tempat paling sesuai bagi Perdana Menteri mengambil tanggungjawab menjelaskan kedudukan mata wang negara.

“Parlimen yang bermula sidangnya minggu depan adalah tempat yang sesuai bagi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mengambil tanggungjawab dan memberi penjelasan rasmi kerajaan,” katanya.

Nilai ringgit yang berterusan menyusut meletakkannya hampir ke paras terendah yang direkodkan pada tahun 1998 ketika berlakunya krisis kewangan Asia.

Menurut laporan Bloomberg, hanya dua peratus lagi ringgit akan mencapai kadar 4.8850 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ketika krisis kewangan Asia 1998, ringgit mencatatkan kadar terburuk pada 4.88 sehingga mendorong kerajaan campur tangan dengan menambat mata wang negara itu pada 3.80 berbanding dolar AS.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat