Laksana perolehan kerajaan ikut peraturan elak ketirisan – Azam Baki

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus mengorak langkah dengan penuh komitmen dan konsisten untuk membanteras amalan rasuah dalam sistem perolehan kerajaan.

Selain itu mengelakkan dari ketirisan dan memastikan perolehan kerajaan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Azam Baki berkata demikian pada majlis memeterai Nota Kerjasama bersama Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi di sini pada Selasa.

Azam berkata, nota kerjasama ini kelak memberi impak yang tinggi dapat membantu pihaknya menyokong usaha kerajaan ke arah negara yang berintegriti dan bebas rasuah.

Selain itu, memberi tumpuan kepada skop kerjasama meliputi aspek program perkongsian maklumat dan pengetahuan serta latihan antara Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Akademi Audit Negara (AAN).

“Ini menggambarkan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada Jabatan Audit Negara (JAN) untuk membantu SPRM dalam memerangi jenayah rasuah bagi memperbaiki tata kelola pentadbiran, selain mengenal pasti dan membantu mengurangkan ketirisan dalam pentadbiran negara,”katanya.

“SPRM bersama JAN akan melaksanakan perkongsian maklumat bagi mengesan segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang boleh menjejaskan imej kerajaan , mengancam kesejahteraan masyarakat, melunturkan nilai-nilai integriti, menghalang perkembangan dan pembangunan sosial, ekonomi serta politik negara,”katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, Nota Kerjasama ini telah wujud sejak 2012 diselaraskan secara sistematik selain memperkukuhkan jaringan dua hala antara kedua-dua belah pihak.

Menurutnya, SPRM dan Jabatan Audit Negara (JAN) adalah dua institusi utama negara yang mempunyai hubungan, peranan dan tanggungjawab yang saling berkait.

Katanya, latihan bersama akan dirangka dan dilaksanakan oleh AAN dan MACA secara joint collaboration dalam usaha meningkatkan kompetensi dan kepakaran pegawai kedua-dua pihak secara berterusan.

“Kerjasama ini boleh membantu pegawai kedua-dua agensi mengambil kelayakan profesional berkaitan pengauditan seperti Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan Certified Fraud Examiner (CFE),”ujarnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), Hj. Roslan Abu Bakar dan Pengarah Bahagian Analisa Kewangan SPRM, Mohd Azwan Raml. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat