Kerajaan tak cadang naikkan OPR untuk kukuhkan ringgit – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan tidak bercadang menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dengan tujuan untuk memperkukuhkan nilai ringgit ketika ini.

Hal ini kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kenaikan OPR akan memberi kesan langsung kepada rakyat.

“Sebarang cadangan menaikkan OPR bagi memperkukuhkan nilai ringgit ketika ini, akan memberi kesan langsung kepada rakyat.

“Biarpun isu nilai ringgit tidak dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, Menteri Komunikasi, namun saya sendiri berpandangan cadangan itu tidak akan membantu rakyat pada waktu ini.

“Saya ambil maklum ada sesetengah pihak beri komen, saya tak pasti sama ada pihak tertentu ini mahu Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan OPR kerana saya jangka itu bukan satu perkara yang akan membantu rakyat pada waktu ini,” katanya di Putrajaya lapor BH.

Menurut Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah menyatakan perkiraannya sebelum ini, yakni sekiranya OPR dinaikkan, kadar faedah lebih tinggi tapi kesannya adalah kepada rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat