Netizen Kecam ‘Orang Kayangan’ Dakwa Makanan Di Hotel Kuarantin Tak Menyelerakan

- Advertisement -

Seorang pekerja Malaysia yang pulang dari Singapura dan sedang dikuarantin di sebuah hotel lima bintang di Johor Bahru, menerima kecaman pengguna media sosial apabila dilihat tidak bersyukur dengan kemudahan disediakan terutama makanan.

Muat naik individu berkenaan di Facebook (FB) tular sejak malam tadi selepas dikongsi sebuah portal kerana dia membuat beberapa dakwaan termasuk tidak diberi pilihan makanan yang disediakan.

Dalam muat naik berkenaan dia yang mendakwa dikuarantin sejak 14 April lalu, turut mengadu tidak dibenarkan membeli makanan dari luar termasuk menerusi penghantaran selain ahli keluarganya tidak dibenarkan menghantar apa-apa termasuk makanan.

Perkara itu membuatkan dia kecewa kerana mendakwa dia bukan penjenayah untuk dilayan seperti itu.

Muat naik individu berkenaan menerima kecaman ratusan pengguna media sosial yang menyatakan dirinya tidak tahu bersyukur apatah lagi makanan yang ditunjukkan kelihatan menyelerakan berbanding makanan orang biasa di luar.

Seorang pengguna media sosial berkata, individu berkenaan seharusnya bersyukur dengan segala kemudahan disediakan kerajaan termasuk makanan yang dilihat menyelerakan dan berkhasiat.

“Dapat makanan sedap, cukup masa dihantar macam itu pun tak tahu bersyukur.

“Kami di luar ini nak beli makanan di pasar raya pun kena beratur dulu. Lepas tu, makanan pun biasa saja malah bercatu lagi ada supaya tak kerap keluar. Memang tak tahu bersyukur,” katanya.

Menerusi muat naik sama di portal berkenaan, pentadbir media sosial berkenaan turut menyatakan penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa mengenai prosedur mereka yang dikuarantin.

KKM menjelaskan antaranya makanan dari luar tidak dibenarkan sama sekali bagi mengelakkan sebarang kemungkinan termasuk keracunan makanan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak membenarkan ahli keluarga menghantar barangan termasuk makanan sebagai langkah keselamatan individu dikuarantin selain mengelakkan barangan tidak dibenarkan diseludup termasuk rokok.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat