Lim Kit Siang Pertikai Penjarakan Sosial Online

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Veteran DAP, Lim Kit Siang mengkritik Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba berkenaan penjarakan sosial ketika persidangan atas talian bersama 500 orang wakil negara dari seluruh dunia.

Dalam kenyataan di blog blog.limkitsiang.com semalam, Lim berkata kenyataan Adham Baba memberikan kesan negatif berkenaan kesilapannya menyebut 500 negara berbanding dengan 500 peserta ketika persidangan atas talian tersebut.

Lebih mengecewakan menurut Lim, persidangan atas talian bersama dengan 500 orang peserta itu sangat bertentangan dengan salah satu peraturan utama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP,) iaitu penjarakan sosial.

“Adham berkata dia keliru mengatakan 500 buah negara sedangkan dia memberi maksud bahawa 500 peserta.

“Ini nampaknya sangat mengecewakan, kerana pertemuan dengan 500 peserta akan bertentangan dengan salah satu peraturan terpenting di musim Covid-19, iaitu penjarakan sosial.

“Biarkan Adham memberikan perincian dan memberikan bukti mengenai persidangan atau perjumpaan atas talian tersebut yang dihadiri 500 peserta,” katanya.

Lim yang tidak berpuas hati dengan Adham, mahu Menteri Kesihatan itu meletak jawatan dari Kabinet.

Jawatan Menteri Kesihatan seterusnya boleh diganti oleh Ketua Pengarah Kesihatan ketika ini, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, menurut Lim Kit Siang. – SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat