Kenyataan Media Menteri Dalam Bahasa Arab Tidak Islamik, Kata Aktivis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Aktivis wanita, Asiah Abd Jalil membidas pendekatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengeluarkan kenyataan media dalam bahasa Arab.

Asian yang juga merupakan seorang peguam berkata, tindakan tersebut adalah tidak Islamik dan tidak beretika.

“Saya boleh faham kenyataan media di bawah (kerana) ada basic yang baik dalam bahasa Arab. Subjek bahasa Arab saya sentiasa dapat A, dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, masa PMR, masa SPM, sampailah kat universiti.

“Tapi saya bukan peminat bahasa Arab, walaupun lebai (golongan agama) kata, semua orang Islam wajib belajar bahasa Arab agar dapat faham Al-Qur’an, saya tidak terbeli pun dengan sentimen begitu. Nak masuk syurga kena tahu bahasa Arab? Saya langsung tak percaya,” katanya

“Malaysia ni bukan negara Arab (malah) tak pernah jadi bahasa rasmi negara pun. Jadi apabila Menteri Agama buat kenyataan media menggunakan bahasa Arab, sungguhpun saya boleh faham, tapi saya rasa tindakan ini sangat tidak patriotik, tidak beretika dan tidak berhikmah. Juga tidak Islamik,” katanya melalui laman Facebook sebentar tadi.

Asiah turut menyeru agar masyarakat turut membantah tindakan ahli agama mengeluarkan kenyataan media dalam bahasa Arab di masa hadapan.

“Jika ajaran Islam disebarkan, disampaikan dan diperjelaskan dalam bahasa Arab, tentu 1400 tahun dahulu agama Islam tidak akan diterima oleh penduduk nusantara.

“Sebagaimana kita membantah pemimpin DAP menggunakan bahasa Cina dalam kenyataan media, kita juga perlu membantah pemimpin lebai menggunakan bahasa Arab dalam kenyataan media,” tegasnya lagi.

Khamis lalu, Zulkifli mengeluarkan kenyataan media dalam bahasa arab berhubung ketetapan bayaran zakat fitrah bagi tahun ini.

Bagaimanapun, menurut pegawai media Zulkifli kenyataan media tersebut dikeluarkan dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Arab. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat