Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan (20 April 2020)

- Advertisement -

1. PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 820 Sekatan Jalan Raya & pemeriksaan ke atas 369,106 kenderaan.

2. Sebanyak 42,482 pemeriksaan mengejut telah diadakan dan 6,856 premis telah diperiksa

3. 1,174 individu ditahan kerana ingkar PKP, 1,012 direman & 162 dijamin polis

4. Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 19 April 2020 adalah sebanyak 15,924

5. Kerajaan minta rakyat terus patuh kpd PKP Fasa ketiga & tidak keluar rumah kecuali atas urusan kecemasan

6. #PKP – Warganegara asing yg ditahan kerana ingkar PKP & mempunyai dokumen perjalanan sah atau permit akan dikenakan tindakan sama seperti warganegara Msia

7. #PKP – Warganegara asing yg tiada dokumen, mereka akan ditahan & dihantar ke Depot Imigresen utk tindakan selanjutnya

8. PDRM memandang serius dan akan ambil tindakan tegas terhadap kes-kes penipuan penjualan topeng muka dan meminta orang ramai supaya lebih berwaspada

9. Pembeli dinasihatkan buat semakan akaun bank penjual sebelum membuat pembayaran menerusi portal ‘Semakmule’ Jabatan Siasatan Jenayah Komersial atau status penjual dalam talian di laman web https://t.co/RhqZfeAupt

10. #FakeNews – Sehingga 20 April 2020, PDRM dan SKMM telah membuka 229 kertas siasatan berkaitan berita palsu COVID-19

11. #FakeNews – 161 masih dalam siasatan, 24 kes telah didakwa di mahkamah dan 13 telah mengaku salah

12. Operasi Sanitasi Awam COVID-19

– Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 2,790 operasi sanitasi di 105 zon termasuk di 30 Zon Merah

– Semalam, sebanyak 163 operasi sanitasi meliputi 56 zon di 11 negeri, termasuk 49 kawasan di Perak dan 37 kawasan di Johor

– 444 bangunan Kerajaan, 64 tempat awam, 102 pusat perniagaan dan 10 pasar raya telah disanitasi

13. Kerajaan mengalu-alukan permohonan syarikat swasta yang ingin membuat sanitasi awam sebagai inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) namun perlu mengikut peraturan yg ditetapkan oleh KKM dan di bawah pemantauan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

14. Pengurusan Pusat Kuarantin

– Setakat 20 April 2020, sebanyak 191 Pusat Kuarantin telah beroperasi & 15,972 individu menjalani kuarantin wajib

– 408 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air semalam & telah dikuarantin wajib

– Sejak 18 April, 2,182 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang

– Urusan penghantaran pulang ke kampung halaman masing-masing termasuk rentas negeri akan diuruskan oleh NADMA

– Bagi rakyat asing, Wisma Putra akan berbincang dgn kedutaan negara yg terlibat bagi urusan penghantaran pulang

– Kerajaan mengalu-alukan usaha negara yang berkenaan untuk bawa pulang rakyat mereka yang terkandas di Malaysia

– Bagi negara yang melaksanakan perintah lock-down dan tidak membenarkan rakyat mereka keluar masuk, Kerajaan berharap pihak kedutaan yang terlibat akan menjaga kebajikan rakyat mereka sepanjang tempoh berada di negara ini

15. Semalam, KPDNHEP telah membuat pemantauan harian 25 jenis bekalan di 1,203 pemeriksaan premis peniagaan termasuk peruncit (925), pemborong (247) dan pengilang (31)

16. Stok semasa beras mengambil kira pengeluaran tempatan dan import adalah stabil, terkawal dan konsisten bagi menampung keperluan dalam negara yang berterusan

17. Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung permintaan semasa

18. #PKPD – Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan PKPD ke-6 di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur & kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur

– #PKPD ini berkuatkuasa mulai 20 April 2020 sehingga 3 Mei 2020 melibatkan 8 parcel yang telah dikenal pasti

– Semua penghuni diminta bertenang & memberi kerjasama sepenuhnya kepada KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa

– Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

i) Bilik Gerakan PKP DBKL di 03-4026 7222
ii) Pusat Kawalan IPD Sentul di 03-4048 2212

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat