Najib Tolak Tawaran Hartanah Didakwa Bernilai RM100 Juta, Tak Mahu Jadi Modal Pembangkang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas dikritik, akhirnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan keputusan menolak tawaran hartanah yang didakwa kononnya bernilai RM100 juta oleh kerajaan yang dianggap sebagai membalas jasa.

Najib membuat keputusan menolak tawaran kerajaan itu selepas isu peruntukan berkenaan dijadikan modal politik oleh pembangkang dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Permohonan ini berdasarkan Akta Saraan Bekas Perdana Menteri 1980 yang mana akta tersebut telah diubah suai diperbaiki pada tahun 2003,” kata Ahli Parlimen Pekan itu dalam sidang media di Melaka, pada Jumaat.

Menurut Najib, meskipun peruntukan itu belum diluluskan, namun, tegasnya, tindakan menolak itu dibuat kerana menyedari keadaan yang dihadapi rakyat selepas pandemik COVID-19.

“Oleh itu saya membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut, walaupun secara prinsipnya ia berdasarkan kelayakan semua bekas Perdana Menteri.

“Saya menyedari dan memahami ketika rakyat berdepan saat sukar ini, keutamaan negara adalah kepada rakyat,” jelasnya lagi.

Pada masa sama, Najib turut mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar meneliti semula peruntukan terbabit.

“Memandangkan isu ini telah cetuskan suasana tidak selesa, saya cadangkan kepada Perdana Menteri untuk melihat semua peruntukan kelayakan ini (Akta 237 berkaitan saraan dan keistimewaan bekas PM)

“Sekira perlu menarik semula peruntukan ini, semua bekas Perdana Menteri termasuk selepas saya.

“Bagi bekas Perdana Menteri yang telah terima tidak perlu kerajaan tarik balik peruntukan berkenaan,” katanya Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat