Kerajaan Tak Digalakkan Ambil Wang Negara Beri Kepada Golongan Miskin – Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak digalakkan mengambil wang negara untuk diberikan kepada golongan miskin di luar bandar, kononnya bagi mengatasi masalah kemiskinan.

Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pendekatan tersebut tidak begitu berkesan kerana ia tidak mampu memperkayakan golongan miskin luar bandar, selain ia memberi risiko kepada kerajaan untuk bankrap.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu berkata, beberapa cara lain boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah kemiskinan luar bandar, termasuk memberi peluang kepada masyarakat luar bandar mengembangkan sektor pertanian.

“Umpamanya kawasan di luar bandar ramai orang miskin yang memiliki tanah yang kecil untuk perkayakan mereka.

“Mereka cuma memiliki satu atau dua ekar tanah dan ini tidak mencukupi untuk mendapatkan pulangan yang terbaik, tetapi untuk kita perkayakan mereka, perlu fikir dengan cara-cara yang lain.

“Saya agak bersifat negatif terhadap rancangan-rancangan baharu untuk memperkayakan penduduk di luar bandar.

“Umpamanya (terdapat) satu cadangan iaitu kalau kita ternak udang galah di dalam sawah, kita boleh tambah pendapatan mereka. Tetapi sudah tiga tahun yang mencadangkannya meminta kepada kerajaan sama ada boleh laksanakan projek ini.

“Tetapi pihak berkuasa dalam kerajaan menyatakan udang galah ini bahaya kerana udang galah ini bukan dari Malaysia tetapi China (spesies invasif). Jika ternak, kalau banjir dan masuk sungai, akan makan (benih) ikan (tempatan) dalam sungai,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata kerajaan disaran supaya lebih terbuka dengan penggunaan teknologi moden termasuk dalam sektor pertanian.

Jelas beliau, tanah-tanah kecil yang dimiliki oleh petani juga boleh dicantumkan untuk menjadi estet, dan diuruskan secara profesional.

“Kita lihat di Malaysia, estet-estet besar begitu berjaya dan mereka memang mendapat keuntungan lebih.

“Tetapi penduduk di kampung dengan tanah yang kecil, sehingga dahulukala pun mereka menjadi orang miskin sehingga memerlukan subsidi sepanjang masa,” katanya. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat