Zuraida Lancar Parti Politik Baru Bulan Depan – Laporan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Ampang dari Bersatu, Datuk Zuraida Kamaruddin dilaporkan oleh portal media FMT kini dalam proses menubuhkan sebuah parti politik baru.

Laporan itu yang memetik sumber berkata, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bersama beberapa Ahli Parlimen lain dijangka melancarkan parti itu bulan hadapan.

“Seorang Ahli Parlimen bebas memberi kebenaran untuk nama parti beliau diubah untuk menarik sokongan yang lebih meluas.

“Kami perlu mendapatkan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) untuk ubah nama,” kata sumber tersebut.

Menurut laporan itu juga, beberapa wakil rakyat bebas dan mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti masing-masing dijangka menyatakan sokongan kepada Zuraida.

Katanya, dijangka Zuraida akan menerajui parti itu dan “kami yakin beliau akan meraih sokongan rakyat.”

Beliau menyifatkan Ahli Parlimen Ampang itu mempunyai sokongan akar umbi yang kuat, khususnya sewaktu beliau bersama PKR.

“Zuraida seorang yang kuat bekerja, berhaluan sederhana, dan disukai rakyat pelbagai kaum,” ujarnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat