Akta 237 Saraan Bekas PM: Saya Tak Minta Hadiah Kononnya Bernilai RM100 Juta – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hairan kenapa pemberian rumah kononnya bernilai RM100 juta dipertikaikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Bukan saya minta hadiah RM100 juta dari kerajaan atau suruh kerajaan belanja untuk beli tanah tetapi kediaman seperti diberi kepada kesemua bekas-bekas Perdana Menteri.

“Nilai RM100 juta itu diberi portal pro-PN MalaysiaNow dan cerita dikeluarkan sempena PRN (Pilihan Raya) Melaka walaupun permohonan saya dibuat pada tahun 2018 selepas PRU-14.

“Bukan kita tak tahu kenapa. Malah pejabat bekas perdana Menteri saya cuma satu banglo disewa di Bukit Pantai. Bukan kompleks besar macam perdana leadership foundation Mahathir.

“Anak-anak saya pun bukan bilionaire macam anak-anak dia,” katanya dalam hantaran media sosialnya hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Dr. Mahathir yang mempertikaikan permohonannya hari ini.

Najib turut memuat naik gambar dokumen melibatkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) di media sosialnya.

Menurut Najib, Dr. Mahathir sendiri yang meminda akta semasa menjadi Perdana Menteri Keempat.

“Office saya cuma mohon diberi kediaman selepas PRU-14 seperti dalam akta dipinda dia (Dr. Mahathir). Kerajaan beri tiga bidang tanah kerajaan untuk pilih maka saya pilih satu.

“Tanah kerajaan dekat Dewan Bahasa dan Pustaka sebab keluarga saya rasa lokasi itu paling sesuai bagi mereka. Bukan sudah diluluskan kerajaan hari ini pun,” kata Ahli Parlimen Pekan itu.

Mengenai Dr. Mahathir mempertikaikan jasa-jasanya, Najib berkata, Ahli Parlimen Langkawi itu sendiri mengaku jasa-jasanya pada awal tahun 2020 walaupun mendakwa veteran politik itu banyak kali dia tipu bahawa negara sudah bankrap ketika di bawahnya.

Malah mahkamah juga, katanya, telah mengesahkan dana sebanyak RM642 juta yang diterimanya dari Kementerian Kewangan Arab Saudi untuk kegunaan kebajikan dan program CSR bagi rakyat dan bukan tujuan peribadi.

“Jika saya tamak, saya sudah ambil RM100 juta dari RM642 juta itu untuk beli rumah besar-besar seperti rumah kamu di Country Heights. Masih lagi baki RM542 juta untuk beri pada rakyat.

“Tapi saya tak buat begitu pun. Sebab itu Mahathir masih penuh dengki dengan saya. Sebab saya langsung tak ada sebarang jasa atau pencapaian. Nak pertikaikan apa yang saya tulis di atas ini, dipersilakan Mahathir,” katanya. – MalaysiaGazette

Gambar pejabat Najib dan kediaman Dr Mahathir yang dimuat naik di Facebook bekas PM Datuk Seri Najib hari ini bersama salinan Akta 237 yang dipinda ketika di akhir pentadbiran bekas PM Tun Dr Mahathir pada 2003
Salinan Akta 237 yang dipinda ketika di akhir pentadbiran bekas PM Tun Dr Mahathir pada 2003 mengenai saraan dan keistimewaan kepada bekas Perdana Menteri
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat