“Jika Bekerjasama Dengan Amanah, Siapa Lagi Saya Nak Troll? – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Jika saya bekerjasama dengan depa (Amanah), siapa lagi saya nak troll?, demikian bidasan sinis Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Parti Amanah Negara (Amanah) yang mengisytiharkan menolak kerjasama dengan beliau.

Bekas Perdana Menteri itu dalam nada menyindir sebagai respons kepada penolakan Amanah itu berkata beliau “sedih”kerana tidak dapat menjalin kerjasama dengan parti tersebut.

“Saya sedih bahawa parti yang mendapat kadar sokongan 1 peratus Melayu, 1 peratus Cina dan 0 peratus kaum India seperti dalam survey baru-baru ini tiba-tiba kata mereka tolak berkerjasama dengan saya walaupun saya tidak pernah ada niat atau pernah minta untuk berkerjasama dengan mereka.

“Nanti saya akan mengadu kepada Lid (Khalid Samad), Mat Sabu (Mohamad Sabu) dan elefen,” seloroh Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu menambah lagi, “angin tak tiup, pokok tak goyang… tiba-tiba terbaca berita Amanah buat pengumuman untuk tolak kerjasama dengan saya pulak!
“Sejak bila saya minta nak berkerjasama dengan mereka? Jika saya bekerjasama dengan depa, siapa lagi saya nak troll? Ujarnya.

Semalam portal MalaysiaNow melaporkan, parti terkecil dalam Pakatan Harapan (PH), Amanah memutuskan untuk menolak sebarang kerjasama dengan pemimpin-pemimpin UMNO terkait rasuah, satu keputusan yang dilihat akan menggagalkan rancangan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Keputusan dicapai parti yang mempunyai 11 ahli Parlimen itu dalam satu program permukiman di Kuala Lumpur hujung minggu lalu yang dihadiri pemimpin-pemimpin tertinggi Amanah.

“Kita menolak untuk bekerjasama dengan ‘kleptokrat’ dan ‘penyamun’,” kata seorang pemimpin yang menghadiri program permukiman itu.

“Walaupun kita masih menyokong usaha Anwar untuk menggembalikan mandat rakyat pada PRU14 yang mengundi PH, kita tidak boleh bekerjasama dengan pemimpin UMNO yang disabitkan bersalah kerana rasuah, atau sedang berdepan dengan tuduhan rasuah,” katanya merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Najib yang sudah didapati bersalah atas pertuduhan rasuah oleh mahkamah dan pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang dibicarakan kerana rasuah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat