KKM dan GAVI muktamad tarikh tandatangani penjanjian COVAX

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) dan ‘The Global Alliance for Vaccine and Immunisation’ (GAVI) sedang memuktamadkan tarikh bagi menandatangani perjanjian ‘Optional Purchase Arrangement’ bagi menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 vaccine global access (COVAX).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, Jemaah Menteri pada 14 Okt telah bersetuju agar Malaysia menyertai fasiliti COVAX, yang bakal memberi jaminan bekalan vaksin untuk 10 peratus populasi negara ini.

Menurutnya, Jemaah Menteri juga bersetuju agar KKM mewakili kerajaan bagi memuktamadkan perjanjian penyertaan Malaysia ke dalam COVAX bersama pihak GAVI, dan Jabatan Peguam Negara turut ditugaskan untuk menyemak terma serta syarat perjanjian yang ditetapkan GAVI.

“Keputusan untuk Malaysia menyertai fasiliti ini akan melibatkan kos yang merangkumi bayaran pendahuluan dan ‘risk sharing guarantee’ berjumlah US$22,656,200.00 atau secara anggarannya RM94.08 juta,” katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang ingin tahu sama ada Malaysia menyertai inisatif COVAX disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang membolehkan 20 peratus daripada penduduk sesebuah negara menerima dos vaksin COVID-19 dengan vaksin dihantar sebaik sahaja tersedia dan membantu membina semula ekonomi, serta kos penyertaannya.

Khairy berkata jaminan akses awal bekalan vaksin COVID-19 penting untuk melindungi rakyat daripada penularan wabak itu dan seterusnya membantu merancakkan ekonomi negara apabila vaksinasi dijadikan syarat untuk pergerakan dan perhubungan di peringkat global.

Penyertaan Malaysia fasiliti COVAX merupakan pendekatan pelbagai hala yang bakal membuka ruang untuk negara mempelbagaikan pilihan, serta mengurangkan risiko daripada memberikan tumpuan kepada kaedah bilateral sahaja dalam pemerolehan vaksin COVID-19.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat