‘Elok dana diberi kepada yang lebih berpengalaman’ – Syamsul Yusof

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pengarah, Syamsul Yusof mencadangkan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) supaya dana kerajaan buat penggiat filem tempatan diberikan kepada mereka yang sudah berpengalaman dan terbukti dengan hasil kerja sebelum ini.

Syamsul, 38, berkata, adalah kerja sia-sia jika dana yang diperuntukkan itu diberi kepada mereka yang gagal memberikan sebarang keuntungan.

“Cadangan saya, kita tak mahu duit kerajaan yang membantu orang filem untuk menghasilkan filem habis sia-sia yang tak mendatangkan faedah atau keuntungan.

“Jadi, saya berasa penapisan dan kajian harus dilipatgandakan kepada siapakah yang harus diberikan dana kerajaan ini.

“Adalah lebih baik Finas memberikan dana itu tidak kira sama ada kecil atau besar kepada pengkarya, tapi harus diteliti. Cadangan saya lebih baik berikan kepada yang berpengalaman seperti pengarah hebat Datuk Paduka Shuhaimi Baba, Erma Fatima, Aziz M Osman dan Rashid Sibir.

“Walaupun tak besar, berikan dana ini kepada mereka yang sudah buktikan nama mereka atau hasil mereka dalam industri. Pada saya, itu lebih selamat dan lebih wajar. Daripada memberi kepada seseorang yang langsung tiada portfolio dalam perfileman,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Syamsul yang juga pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (Mat Kilau), tidak semua filem tempatan hari ini berjaya menarik minat penonton ke pawagam.

“Filem tempatan sekarang sudah ke arah peringkat lebih baik terutama dari segi penerimaan penonton. Bukan saja di Malaysia, malah di luar negara seperti Indonesia dan negara lain. Bagaimanapun, ini tak bermakna semua filem Malaysia berjaya pada hari ini. Sebab seperti apa kita lihat, Mat Kilau mendapat sambutan, Abang Long Fadil 3, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, saya memberi penghormatan dan tahniah kepada semua pasukan.

“Malangnya ada filem yang kutipan amat menyedihkan. Ada dua tiga filem tak mendapat sambutan di pawagam. Ini bermakna bukan semua filem berjaya di pawagam. Seperti saya katakan, penonton akan berbalik kepada adakah ia kena dengan cita rasa. Walaupun industri filem Malaysia semakin maju, penonton kita masih lagi bijak, amat memilih untuk membayar tiket apa yang kena dengan cita rasa mereka.

“Oleh itu pengkarya harus memberikan hasil berkualiti, lebih kena dan tepat dengan cita rasa mereka. Malah, ada juga filem yang ditayangkan sekarang berkualiti, tapi tak tepati cita rasa penonton,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat