‘Roslan Shah patut minta maaf, bukan saya’ – Jamal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah bersedia membuat permohonan maaf kepada sesiapa sahaja, namun, ia sepatutnya dilakukan Roslan Shah yang menimbulkan kekecohan sehingga memburukkan namanya.

Ia susulan Roslan yang juga pembantu acara memuat naik beberapa hantaran dalam Instagram (IG) Story mendakwa seolah-olah ditipu Jamal apabila tidak hadir ke sebuah expo di Singapura seperti dijanjikan.

Roslan mendakwa, teraniaya apabila terpaksa membayar ganti rugi RM33,000 membabitkan, hotel, tiket penerbangan, promosi dan sebagainya di expo berkenaan.

Mengulasnya, Jamal berkata, permohonan maaf bagus, tetapi kena tengok keadaan.

“Sepatutnya, Roslan perlu minta maaf kerana memaksa saya datang, kemudian memburukkan nama saya. Jadi, seharusnya Roslan minta maaf, bukan saya.

“Bagaimanapun, saya tak kisah meminta maaf kepada sesiapa sahaja. Saya juga mohon maaf kepada peminat di Singapura atas perselisihan faham antara saya dan penganjur,” katanya kepada BH Online.

Jamal berkata, dia sudah berulang kali beritahu tak boleh datang kerana sudah terikat dengan komitmen lain, tetapi Roslan tetap memujuknya.

“Saya berulang kali jelaskan tak boleh datang ke Singapura. Saya masih ingat bercakap dengan Roslan lebih sejam ketika dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang ke Dungun, Terengganu, tetapi Roslan tetap memujuk.

“Dia pujuk dan saya tetap kata tidak boleh. Ini kerana saya sudah ada perjanjian bersama penganjur konsert eksklusif di Singapura pada 31 Disember dan 1 Januari depan.

“Konsert ini berbayar, jadi saya tidak mahu mengganggu penjualan tiket. Tetapi, Roslan tetap pujuk mengatakan tiket boleh jual. Memanglah boleh jual, tetapi masa tak sesuai.

“Bila saya cakap banyak kali tak boleh, tetapi Roslan tetap mahukan saya datang. Jadi, saya iyakan sahaja sebab susah nak layan orang seperti ini,” katanya.

Mengulas kerugian ditanggung atas persiapan dilakukan seperti tiket penerbangan, hotel dan sebagainya, Jamal berkata, ia dibuat tanpa pengetahuannya.

“Kenapa Roslan beriya-iya menyediakan tiket penerbangan dan hotel, termasuklah membuat promosi di stesen radio serta mengeluarkan poster tanpa kebenaran?

“Sedangkan, saya tidak menandatangani sebarang kontrak perjanjian. Kenapa bersusah payah buat semua ini, sedangkan berulang kali saya cakap tak boleh datang.

“Roslan mahu saya datang untuk memeriahkan suasana, tetapi saya berniaga barang sendiri, bukan barang dia pun. Mungkin Roslan sudah ambil duit daripada penganjur kononnya nak bawa artis Malaysia datang.

“Disebabkan itu, Roslan memaksa saya, mesti ada agenda tertentu membuatkannya sanggup keluar duit untuk tiket penerbangan dan hotel.

“Sekarang, saya pula jadi mangsa. Saya tahu agenda Roslan, pasti ada keuntungan di situ,” dakwanya.

 

Roslan memuat naik beberapa hantaran dalam IG Story mendakwa seolah-olah ditipu Jamal apabila tidak hadir ke sebuah expo di Singapura seperti dijanjikan.
Roslan memuat naik beberapa hantaran dalam IG Story mendakwa seolah-olah ditipu Jamal apabila tidak hadir ke sebuah expo di Singapura seperti dijanjikan.

 

Justeru, Jamal menegaskan, penganjur tidak boleh mementingkan diri dan membuat keputusan tanpa persetujuan kedua-dua pihak.

“Jangan fikir tekak sendiri sahaja, fikir orang lain yang nak berjalan jauh, letih. Dia tak tahu kepayahan saya sampai pagi menjayakan persembahan Hari Malaysia. Semalam jam dua pagi barulah saya selesai kerja.

“Tidur pun jam 3.30 pagi dan kemudiannya, saya kena pulang ke Kuala Lumpur dan seterusnya, ke Kuala Terengganu. Ada mereka fikir keadaan saya?

“Jadi, mengenai bayaran tiket penerbangan, bilik dan sebagainya, itu bukan masalah saya.

“Ini penerangan saya, takkan pergi, tiada masa dan memang tak boleh nak datang,” katanya.

Bagaimanapun, kata Jamal, anak sulungnya, Osama Yamani dan pasukannya tetap hadir bagi menjayakan jualan produk di expo berkenaan dan membuat persembahan menggantikannya.

Tambah Jamal, dia tidak bimbang peminat kecewa kerana bakal mengadakan konsert di Hotel Tenera, Bangi yang turut disertai peminat dari Singapura.

“Nak cakap bimbang peminat kecewa, mungkin tidak. Sebabnya, dijangka 20 bas peminat akan datang dari Singapura untuk menyaksikan konsert saya.

“Selain konsert di Singapura, peminat akan bertemu saya di konsert di Hotel Tenera,” katanya.

Terdahulu, Roslan dalam hantaran dimuat naik dalam IG Story mempersoalkan kenapa Jamal tidak menepati janji.

“Kenapa Datuk Jamal Abdillah buat saya begini? Janji harus ditepati. Telefon dan WhatsApp pengurus pun tidak berjawab. Sedangkan, semuanya disediakan oleh pihak penganjur.

“Siapa nak bayar ganti rugi? Dugaan saya nak pergi umrah pada 27 September ini. Tak mengapa, Allah SWT ada walaupun

saya teraniaya,” tulis Roslan.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat