‘Agak-agaklah nak hina Mat Kilau’ – Finaz Yunus

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Yang menghina ni ilmu perfileman pun nak kata asas pun tiada.”

Demikian sinis pengacara Finaz Yunus terhadap sikap segelintir penonton filem tempatan terhadap maklum balas diberikan pada filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (Mat Kilau) sejak ditayangkan di Netflix.

Finaz berkata, seharusnya kritikan yang diberikan perlu konstruktif dan bukan perli atau menghina.

“Bukan mudah Malaysia ni nak buat filem berunsurkan patriotik mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat sendiri. Bila dah ada orang filem buat dan sambutan yang diterima amatlah memberangsangkan daripada rakyat hingga kelas silat penuh dengan pendaftaran baru golongan belia, berbondong-bondong juga hinaan dan kritikan untuk menjatuhkan diterima.

“Bukanlah nak kata tidak boleh mengkritik, namun biarlah kritikan itu konstruktif tanpa nada memperli dan menghina. Mana ada filem yang sempurna. Filem Top Gun: Maverick pun banyak yang entah apa-apa dari sudut pandang saya,” katanya.

Finaz menerusi hantaran di Instagram berkata, apa yang masyarakat dan penonton perlu beri perhatian adalah mesej yang ingin disampaikan dalam filem itu.

“Tapi yang perlu kita ‘highlight’ mesej yang ingin disampaikan. Saya pun punya pandangan terdapat kelemahan skrip, konti, jalan cerita yang macam nak cepat habis. Namun, saya amat hargai usaha penerbit, pengarah serta semua kru filem Mat Kilau dalam memahamkan rakyat mengenai perjuangan mempertahankan tanah air daripada penjajah.

“Filem ni tepat pada masanya. Saat belia lupa asal usul pembentukan Malaysia. Sekurang-kurangnya dengan Mat Kilau ni, mereka yang gagal subjek sejarah pun boleh faham serba sedikit perjuangan tok moyang dalam menuntut tanah air sendiri.

“Saya amat berharap akan ada lebih banyak filem yang menceritakan sejarah pembentukan Malaya,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat