Pilih Mahathir Kerana Anwar Gagal Dapat Sokongan Jadi Calon PM, Kata DAP & Amanah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) mendedahkan pilihan pertama Pakatan Harapan (PH) untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tidak berjaya mendapat sokongan bagi membentuk kerajaan.

Oleh sebab itu, PH meneruskan dengan pilihan kedua dengan mengemukakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Anwar sebagai timbalannya

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad dan Anthony Loke selaku Setiausaha Organisasi DAP.

Dalam kenyataan tersebut, DAP dan Amanah mendedahkan pilihan pertama hanya mampu mendapat sokongan maksimum 96 anggota parlimen iaitu 91 daripada PH termasuk 38 PKR, 42 DAP dan 11 PAN.

Manakala lima dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Dr Mahathir.

”Mesyuarat tersebut memutuskan bahawa sekiranya opsyen pertama yang mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak berjaya mendapat sokongan yang memungkinkan pengambilalihan kuasa dilakukan, maka opsyen kedua yang menamakan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri akan pula dikemukakan.

“Setelah berusaha sedaya upaya atau “exhausting all efforts”, kita mendapati bahawa opsyen pertama hanya mampu mendapat sokongan maksima 96 Ahli Parlimen, iaitu 91 dari Pakatan Harapan (38 PKR, 42 DAP Dan 11 Amanah) dan 5 lagi termasuk Tun dan 4 Ahli Parlimen PPBM yang bersamanya,” menurut kenyataan tersebut.

Malah, katanya, usaha terakhir Anwar untuk mendapatkan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga tidak berjaya dan tempoh masa yang dipersetujui telahpun tamat dan gagal mendapat sokongan yang mencukupi.

”Kami berharap usaha untuk mendapatkan sokongan melalui opsyen kedua boleh seterusnya dilakukan seperti mana dipersetujui kerana pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional adalah jelas mendatangkan kerosakan kepada institusi dan kewangan negara,” kata PAN dan DAP

Menurut kenyataan itu, DAP dan PAN menghormati hak PKR untuk menetapkan keputusan mereka berhubung perkara ini namun agak hairan dengan pendirian parti itu kerana pilihan ini telahpun diterima sebagai opsyen kedua dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Anwar pada 30 Mei lalu.

Menurut mereka, PH pernah membincangkan sekiranya pilihan pertama gagal mendapat sokongan, PKR perlu kembali kepada keputusan mesyuarat Majlis Presiden pada 30 Mei 2020 yang dipengerusikan oleh Anwar sendiri iaitu menerima pilihan kedua.

PKR hari ini memuktamadkan keputusan untuk kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan dan menolak pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan tersebut.

Perkara itu diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat (PMM) Keadilan selepas mengadakan mesyuarat khas bersama ahli-ahli Parlimen parti itu.

Dalam satu kenyataan di sini, parti itu menegaskan pihaknya telah mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencari jalan terbaik mempertahankan kebajikan rakyat dan membawa keadilan untuk semua rakyat.

PKR, juga, kata kenyataan itu menghargai usul dan usaha rakan-rakan dalam DAP dan Amanah yang secara konsisten menyokong pencalonan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat