Pemimpin AMK Gesa PKR Keluar PH Selepas DAP, Amanah Pilih Mahathir Calon PM

Lega Sudah Bebas PKPD

SEPANG: Berakhirnya kepungan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 12.01 tengah malam tadi, melegakan penghuni di Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, di sini. Tinjauan...

Vaksin: Top Glove Jangka Permintaan Sarung Tangan Terus Meningkat

KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd menjangkakan permintaan terhadap sarung tangan bagi tujuan pemeriksaan akan meningkat dua kali ganda apabila vaksin COVID-19 dapat disediakan...

COVID-19: SOP Baharu Pengembara Sabah Didorong Penurunan Kes – KP Kesihatan

PUTRAJAYA: Kadar penurunan kes positif COVID-19 yang konsisten dicatatkan di Sabah merupakan antara faktor yang dipertimbangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melonggarkan prosedur...

Maradona Si Pemilik ‘Tangan Tuhan’ Meninggal Dunia

CYBERJAYA: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Tigre, lapor Daily Mirror. Maradona, 60, menjalani pembedahan membuang darah...

Ahli Parlimen BN Bertanggungjawab Sokong Belanjawan 2021 – Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat esok. Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa,...

PETALING JAYA – Seorang pemimpin Pemuda (AMK) PKR berkata partinya wajar keluar Pakatan Harapan, dikatakan kerana “rakan PH” mendesak partinya terima Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan itu membentuk kerajaan.

Setiausaha AMK, Ahmad Syukri Abd Razab berkata rakan sama nampaknya “lebih berselera” mengangkat Mahathir daripada presidennya, Anwar Ibrahim, pilihan pertama PH sebelum ini.

“Pakatan Harapan sudah tiada nilainya lagi. Mengembalikan mandat rakyat sekadar alasan. Sedangkan dalam mandat 22 bulan yang lepas tak banyak pun yang mereka buat,” katanya di Facebook.

Syukri menarik perhatian kepada pembentukan Kabinet Mahathir, mengatakan mereka berdiam diri apabila pemimpin PKR, Rafizi Ramli membantah banyak jawatan menteri daripada PKR diberi kepada pengikut Azmin Ali, sedangkan kumpulan itu tidak setuju pun dengan penubuhan PH.

“Tak seorang pun yang menegur atuk kerana memilih geng khianat,” katanya. “Sekarang rakan-rakan yang sama mendesak PKR untuk sekali lagi menerima atuk sebagai perdana menteri.”

Syukri berkata ketika itu ramai menuduh Rafizi “gila jawatan” dan individu penting dalam partinya yang mengerakkan penubuhan PH “diketepikan begitu sahaja”.

“PKR wajar tinggalkan PH. Serahkan PH kepada Amanah, DAP, dan atuk (Mahathir),” katanya.

Syukri dihubungi FMT untuk mengulas lanjut kenyataannya, yang dibuat atas kapasiti peribadi.

“Adalah tidak wajar mendesak PKR untuk menerima cadangan Mahathir sebagai PM kali ke-3 dalam keadaan PKR banyak terkesan dengan sikap dan perbuatan Mahathir,” katanya.

Syukri berkata Pemuda PKR faham mereka perlu mengambil alih kerajaan, tetapi khuatir kesilapan pentadbiran PH yang lalu akan berulang jika Mahathir dipilih sebagai perdana menteri.

“Tempoh 22 bulan yang PH gagal manfaatkan untuk tunaikan manifesto dan janji kepada rakyat,” katanya.

“Tetapi terpulang kepada DAP, Amanah, dan kumpulan Mahathir jika mereka mahu terus membentuk kerajaan tanpa PKR sekiranya mereka memiliki bilangan sokongan yang mencukupi,” katanya.

Sebelum ini FMT melaporkan Pakatan Harapan bersedia mengembalikan Mahathir sebagai calon perdana menteri, tetapi kali ini dengan Anwar sebagai timbalannya, walaupun kedua-dua pemimpin itu bergelut menunjukkan mereka mempunyai majoriti sokongan ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

PH dikatakan bersetuju Mahathir akan berkhidmat “sehingga akhir tahun”, dengan satu perjanjian “hitam putih” ditandatangani untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar.

Keputusan memilih Mahathir tidak disenangi penyokong kuat Anwar, kerana Mahathir “memungkiri janji” untuk menamakan Anwar sebagai penggantinya ketika PH berkuasa selama 22 bulan.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Menjual Nama Binatang Untuk Mengherdik Kerajaan

Pandemik Covid-19 menjejaskan semua pihak sama ada kerajaan, ahli perniagaan, pekerja dan rakyat biasa. Kerajaan tidak lagi mempunyai pendapatan yang banyak, manakala aktiviti ekonomi...

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Berita Berkaitan

Lega Sudah Bebas PKPD

SEPANG: Berakhirnya kepungan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 12.01 tengah malam tadi, melegakan penghuni di Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, di sini. Tinjauan...

Ahli Parlimen BN Bertanggungjawab Sokong Belanjawan 2021 – Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat esok. Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa,...

Wang Dilarikan Ketika Mangsa Tukar Tayar Di Lebuh Raya

KUALA LUMPUR: Sebaik selesai menukar tayar kereta yang bocor di Lebuhraya Persekutuan di sini, seorang lelaki mendapati wang tunai miliknya yang bernilai RM120,000 dicuri...